Thursday

~Tamadun Melayu sebagai Teras Tamadun Malaysia~


Pengenalan
Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai etnik dan agama yang berlainan. Kelangsungan ini diteruskan sejak Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1975 dahulu. Kepelbagaian etnik yang terdapat di Malaysia ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri dan setiap yang dilalui sepanjang negara ini merdeka perlulah dijadikan tauladan bagi setip insan yang tinggal di dalam negara ini. Semua ini adalah bermula daripada Tamadun Melayu pada suatu ketika dahulu yang mula menganut ajaran Islam sebagai teras mereka. ini Ahmad Hakimi 1998, 2006) dan Nik Hassan Suhaimi (1994; 1999) masing-masing mengatakan Tamadun Melayu adalah satu tamadun yang telah lama bertapak di rantau AsiaTenggara. Tamadun ini telah berkembang dari kebudayaan orang Melayu, yang tergolong dalam kumpulan penduduk asal rantau ini. Oleh itu, Tamadun Malaysia sekarang adalah bermula daripada Tamadun Melayu yang dihuni sejak sekian lamanya.
Tamadun Melayu adalah satu konsep yang kompleks. Ianya tidak boleh disamakan dengan konsep-konsep yang lain seperti ras, kebudayaan, dan bahasa.
Keempat-empat konsep di atas merujuk kepada perkara-perkara yang berbeza dan pada waktu yang sama mempunyai pertalian yang begitu rapat sekali antara satu sama lain. Sebagai contoh, bahasa Melayu tidak semestinya dituturkan oleh orang-orang yang datangnya dari ras dan kebudayaan yang sama. Di Malaysia, terdapat beberapa kumpulan etnik yang berbeza yang boleh bertutur dalam bahasa Melayu. Pada waktu yang sama, ada terdapat orang-orang Melayu yang boleh bertutur dalam bahasa-bahasa yang lain seperti bahasa Arab dan bahasa Inggeris.
Tamadun Melayu telah mengalami proses perkembangan yang lama dan melalui beberapa manifestasi yang berbeza. Manifestasi-manifestasi ini penting dalam pembentukan tamadun Melayu. Penerimaan agama Islam sebagai asas tamadun Melayu merupakan perkembangan yang paling penting dan membentuk sebuah tamadun Melayu Islam yang cemerlang, gemilang, dan terbilang.
Tamadun Melayu merujuk kepada sebuah tamadun yang dibentuk oleh sekelompok manusia yang secara luasnya digolongkan sebagai kumpulan orang Melayu, tertumpu kepada suatu wilayah di Asia Tenggara yang dikenali dengan pelbagai nama seperti gugusan Kepulauan Melayu (Malay Archipelago), gugusan Kepulauan Melayu-Indonesia, Nusantara, Alam Melayu, dan Tanah Jawi. Dua perkara penting yang mewarnai tamadun wilayah ini ialah bahasa Melayu, yang menjadi bahasa perhubungan luas (lingua franca) di seluruh kawasan ini, dan agama Islam yang menjadi pelengkap kepada pembentukan tamadun Melayu.
Dalam konteks pembinaan negara dan tamadun Malaysia hari ini amatlah perlu pembinaan tersebut didasarkan kepada tamadun Melayu-Islam yang jelas terbukti berjaya memartabatkan nama Melayu di persada antarabangsa suatu ketika dahulu. Oleh itu, disini dikemukakan tiga justifikasi mengapa Tamadun Melayu perlu menjadi asas utama dalam pembinaan Tamadun Malaysia.
i. Orang Melayu merupakan penduduk asal di nusantara termasuklah di Tanah Melayu sebelum kedatangan kaum-kaum lain. Penamaan Malaysia adalah dari Melayu atau Semenanjung Tanah Melayu.
ii. Perjuangan menutut kemerdekaan dari pihak penjajah British adalah cetusan dan gerakkan sepenuhnya oleh orang Melayu yang merasa terpanggil untuk mempertahankan tanah air mereka.
iii. Ketuanan Melayu-Islam diiktiraf oleh Pelembagaan Persekutuan.
PEMBENTUKAN PANDANGAN SEMESTA MELAYU
Sebelum kedatangan Islam, Melayu mengamalkan kepercayaan animisme. Mengikut Wikipedia.org (2011), animisme bermaksud Animism encompasses religious beliefs that there is no separation between the spiritual and physical (or material) worlds, and souls or spirits exist, not only in humans, but also in all other animals ,plantsrocks, natural phenomena such as thundergeographic features such as mountains or rivers, or other entities of the natural environment. Pada ketika itu, pemerintahan dipegang oleh bomoh dan pawang dimana mereka dianggap yang tertinggi dalam kaum itu. Dan selepas itu, mereka menganut ajaran Hindu dan Budha sebagai agama mereka.
Dengan kedatangan agama Hindu dan Buddha ke alam Melayu, upacara agama menjadi lebih formal dan tersusun. Namun pengaruh itu tidak benar-benar melibatkan keseluruhan ajaran yang terdapat dalam falsafah Hindu-Buddha asli, yang dipentingkan hanya perkara-perkara yang berkaitan dengan selok-belok upacara agama. Di samping itu, ajaran Hindu-Buddha ini juga membesar-besarkan keagongan dewa-dewa dan ini telah mempengaruhi kepercayaan masyarakat Melayu. Pandangan semesta yang dipengaruhi oleh agama baru ini juga dapat dikesan melalui karya-karya Melayu tradisional yang bercorak mitos dan lagenda. Ini dipengaruhi daripada ajaran kitab-kitab suci agama Hindu seperti Mahabrata, Bhagavad Sita dan Baratayudha. Oleh itu aspek-aspek yang dipentingkan ialah kesenian, keindahan, keromantisan, kesedihan, keagongan dan ketakjuban. Aspek-aspek falsafah dan penghujahan yang rasional tidak ditekankan. Ini telah mempengaruhi pemikiran masyarakat Melayu khususnya golongan bangsawan.”
Pada abad ke-15, kedatangan Islam telah merubah pandangan Melayu kerana tertarik dengan agama yang dibawa kerana setiap insan mempunyai taraf yang sama menurut Islam. Ketika kedatangan Islam, antara perkara yang paling berubah terhadap pemikiran Melayu adalah konsep mereka ke arah tauhid yang lebih tinggi dan kepercayaan yang teguh kepada Allah S.W.T.
Tamadun Melayu dibina adalah berdasarkan enam prinsip yang menjadi pegangan mereka iaitu:
i. Alam ini hasil ciptaan dan tadbiran Allah s.w.t yang mancakupi alam primordial, alam dunia dan alam akhirat; alam akhirat ialah destinasi dan natijah muktamad daripada kehidupan di alam syurga, dan kejayaan di dunia ialah ketaatan kepada Allah; alam dunia ini adalah amanah untuk kemanfaatan kehidupan manusia.
ii. Islam adalah panduan dari Allah sebagai al-Din; mengandungi segala peraturan bagi segala gelagat hidup di dunia untuk individu dan masyarakat demi kejayaan hakiki mereka, oleh itu wajib dipelajari semua sebagai fardu ain supaya terbentuk insan muslim, Mukmin dan Muhsin; Islam mencakupi akidah, ibadah, mu’asyarat, akhlak dan ihsan.
iii. Keyakinan kepada pembalasan baik bagi amalan yang baik dan sebaliknya pembalasan yang buruk bagi amalan jahat di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat; balasan yang baik di dunia ialah keberkatan kehidupan dalamm ketaatan Allah, balasan yang baik di akhirat ialah dimasukkan ke dalam syurga Allah; malapetaka / kesusahan di dunia bagi orang islam berlaku sama ada sebagai kifarah pengampunan dosanya ataupun untuk meningkatkan maqamnya.
iv. Wawasan, objektif, niat, strategi, dan operasi segala bidang kerja hendaklah sahih, benar dan mematuhui segala espek hokum Islam tanpa kompromi, manupulasi, keingkaran, dan penafian terhadap sebarang hukum yang wajib, sunat, haram dan makruh, yang halal adalah jelas; adat bersendikan hukum dan hukum bersendikan kitab Allah.
v. Nilai tertinggi dikaitkan dengan segala pekara yang membantu pembentukan insan yang berilmu, beralamal sahih dan berakhlak mulia yang paling banyak memanfaatkan dirinya dan orang lain.
vi. Kehidupan yang pertengahan dan keseimbangan antara jasmani, aqli dan rohani; segala ilmu, pengatahuan, maklumat, kemahiran, teknologi, peralatan dan prasarana kehidupan dunia adalah sebagai alat yang perlu ditutut dan diperoleh secara fardu kifayah demi membantu terbentuknya insaniMuslim, Mukmin dan Muhsin (Hashim, 2004:38-39).
PEMBUDAYAAN ILMU & PENGUKUHAN BAHASA
Ilmu adalah penting kepada masyarakat Melayu yang telah setia dengan Islam. Sebagai buktinya, mereka menjadikan di kalangan mereka yang mempunyai ilmu yang tertinggi sebagai rujukan di istana dan ini telah menggantikan golongan dukun dan pawang.
Kedatangan Islam dalam Tamadun Melayu juga telah membuatkan mereka lebih minat untuk belajar setiap ilmu yang terdapat waktu itu. Kewujudan institusi pendidikan seperti istana, madrasah, dan juga sekolah pondok. Istana adalah merupakan satu tempat untuk menuntut ilmu pada waktu itu kepada golongan bangsawan dan juga golongan pembesar.
Sistem pendidikan yang diterima ketika itu amat bertepatan dengan agama yang dianuti kerana Islam menyuruh umatnya menuntut ilmu untuk dunia dan juga di akhirat kelak.
Oleh itu, pembudayaan ilmu dikatakan perlu dalam pembinaan tamadun yang kukuh dan utuh. Mengikut Prof Dr Wan Mohd Nor wan Daud (1997:55), beliau telah menggariskan beberapa panduan yang dapat merealisasikan matlamat dan hasrat tersebut.
Antaranya adalah:
i. Mementingkan ilmu pengatahuan
ii. Berkekalanya hasil ilmiah
iii. Berterusnya usaha keilmuan
iv. Proses syurga dan nilai-nilai kepimpinan
v. Sikap hormat-kritis perlu ada dalam diri orang yang berilmu bagi merealisasikan budaya keilmuan.
vi. Member pengiktirafan terhadap peraanan kaum wanita.
Jika kita mengikuti sejarah Tamadun Melayu, kita akan dapati bahawa kejayaan yang di capai pada ketika itu adalah kerana pemahaman tentang agama yang meluas dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana unsur luar. Ini menjadikan ikatan antara mereka sagat kuat dan utuh. Hal ini disingkap oleh Prof Dr Yusuf al-Qaradwi (1990:16)
dengan mengatakan bahawa jika umat hari ini mahu kembali kepada Islam,nescaya kita mampu menegakkan peradaban moden seperti yang dikecapi oleh zaman kegemilangan Islam dahulu.
Pembinaan Jati Diri dan Modal Insan
Dalam membina jati diri yang tinggi dan mampu dijadikan sebagai modal insan, sepatutnya perkara ini diterapkan dalam Tamadun Malaysia untuk dijadikan sebagai satu kebanggan kepada kita semua. Kemuliaan akhlak yang tinggi dan jati diri insan yang terpuji adalah penting dalam Tamadun Melayu.
Justeru, untuk membina perkara ini, kita memerlukan kebudayaan bangsa yang selari dengan ajaran Islam.Apa yang dapat dilihat pada masa kini adalah jati diri yang semakin meluntur dalam masyarakat kita. Ini dapat dilihat dalam perkara yang telah disebutkan oleh Zulkiflee & Mohd Nasir, (2005):
i. Pengaruh nilai individualistic. Fahaman ini tidak memberi penekanan kepada kehidupan bermasyarakat. Maka unsur-unsur ketingian tamadun seperti saling menghormati, saling menolong dan toleransi akan terkikis dari jiwa manusia.
ii. Meluaskan fahaman meteralisme. Fahaman yang bersifat kebendaan yang menjadikan kekayaan sebagai ukuran dalam kehidupan. Hubungan antara manusia dilihat kepada nilai benda yang diberi dan diterima dan hubungan sesama manusia tidak lagi bersifat kasih dan sayang.
Tegasnya, dalam usaha membentuk identiti dan jati diri insan Melayu ini, sewajarnya umat Melayu hari ini kembali semula menghayati apa yang telah diterap oleh umat Melayu zaman kegemilangan iaitu penghayatan sepenuhnya terhadap ajaran Islam yang syamul yang tentunya akan melahirkan watak insan Melayu yang beriman, bertakwa dan berakhlak mulia.
Sistem Pemerintahan
Tamadun Malaysia hari ini adalah daripada kesinambungan Tamadun Melayu suatu ketika dahulu. Daripada hasil rujukan sejarah, Tamadun Malaysia ini menyambung parti-parti politik yang terdapat suatu ketika dahulu dalam Tamadun Melayu. Dan ini jelas membuktikan bahawa sememangnya Tamadun Malaysia adalah terbentuk daripada Tamadun Melayu.
Politik-politik Melayu ini juga merupakan kesinambungan dari beberapa buah kerajaan atau pusat tamadum Melayu seperti Srivijaya, Temasik, Melaka, Johor-Riau, Lingga dan sebagainya(Zainal Abidin, 2001:196;Abdul Aziz, 2001, 23-33).
Pada hari ini, Malaysia sebuah negara bangsa yang terdiri daripada persekutuan yang mempunyai beberapa buah negeri Melayu suatu ketika dahulu iaitu Negeri Melayu Bersekutu, Negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-negeri Selat. Lantaran dengan berdasarkan fakta sejarah diatas, maka paksi atau landasan utama yang menyumbangkan kepada pembinaan dan pemantapan tamadun Malaysia ialah tamadun Melayu-Islam.
Sitem politik dahulu dimana diperintah oleh oleh sultan telah diserap masuk ke dalam Tamadun Malaysia dan telah dijadikan sebagai Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan. Perlembagaan Malaysia telah menulis bahawa Yang Di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja Melayu merupakan satu komponen yang penting dalam pemerintahan negara kita. Yang di-Pertua Agong merupakan ketua utama negara negara yang mengetuai tiga buah badan di dalam kerajaan iaitu badan pemerintahan (eksekutif), badan perundangan (legislatif) dan badan kehakiman (judikatif)(Abdul Aziz, 2002:40-59).
Mengikut sistem pemerintahan Malaysia, Yang Di-pertuan Agong tidak mencampuri urusan politik negara ini. Ini adalah satu daripada sistem yang berlainan daripada sistem pemerintahan yang asal dimana Baginda tidak mempuyai kuasa yang mutlak untuk mentadbir dalam negara ini. Sebaliknya, Baginda bertindak atas arahan Perdana Menteri atau Jemaah Menteri.
Sistem Perundangan
Sistem perundangan pada Tamadun Melayu dahulu telah dijumpai pada Batu Bersurat Terengganu yang menulis tentang perundangan Melayu dalam bahasa jawi kuno. Batu bersurat ini menceritakan tentang perundangan yang mengikut Islam yang perlu dilaksanakan iaitu tentang tanggungjawab pemerintahan melaksanakan dan menguatkuasa ajaran Islam, pemberian dan penerimaan hutang, rejam atau hukum sebat ke atas penzinaan, hukum menuduh zina dan tenteng ketaksamaan antara semua orang sama ada orang atasan atau rakyat bawahan (Wan Ab Rahman, 2004:90)

Satu lagi warisan yang membuktikan undang-undang Islam telah diamalkan dalam kerajaan Melayu ialah Undang-undang Pahang yang disusun Pemerintahan Sultan Abdul Ghafur Muhaiyuddin Shah (1592:1614) di bawah pengaruh Undang-undang Melaka.

Dalam era penjajahan misalanya di era British, mereka tidak banyak merosakkan kepercayaan atau keimanan orang Melayu terhadap Islam, tetapi dapat melemahkannya. Bahkan tiada bantahan daripada orang Melayu apabila British memperkenalkan undang-undang mereka, tidak seperti reaksi keras orang apabila mendapat tahu pihak British akan memperkenalkan Malayan Union (Abdul Monir, 2005:68).
Agama Dan Adat Istiadat
Islam menjadi indentiti sosial dan budaya orang Melayu. Islam bukan sahaja menjadi faktor yang mentakrif Melayu, juga dimaktubkan di dalam Pelembagaan Persekutuan bahawa Islam adalah ketua agama bagi setiap negeri di dalam Persekutuan Malaysia. Peruntukan ini termaktub di dalam Persekutuan Malaysia. Peruntukan ini termaktub di dalam Pekara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia, dan menerusi peruntukan ini, pihak keraja pusat menerusi Jabatan Agama Islam dalam pelbagai bidang seperti melaksankan pembagunan agama islam dalam pelbagai bidang seperti melaksanakan pentadbiran hukum syariah Islam tetapi dengan bidang kuasa yang terbatas dan tertentu sahaja.
Dengan termaktubnya agama Islam sebagai agama bagi Perskutuan Malaysia, tidak bermakna agama-agama lain tidak boleh dianuti atau diamalkan oleh orang bukan Melayu atau bukan Islam. Menurut perlembagaan, wujud kebebasan beragama tertapi bagi penganut agama Islam, kerajaan boleh mengubal undang-undang untuk mengawal atau menyekat aliran atau fahaman kepercayaan yang dianggap menyeleweng atau sesat.

Dalam konteks pengamal adat dikalangan orang Melayu, Ahmad Ibrahim (1987:316) menjelaskan bahawa apabila orang Melayu ini menganut agama Islam, adat yang lama yang mereka amalkan telah diubahsuai agar ia selari dengan ajaran Islam.

Bahasa, Kesenian dan Kesusasteraan
Dengan penybaran Islam yang dilakukan oleh para pedagang dan mabaligh Arab, bahasa Melayu telah menerima kesan dan resapan pengaruh tulisan Arab yang dikenali sebagai tulisan jawi. Rentetan daripada itu, bahasa Melayu dan tulisan jawi diangkat sebagai bahasa ligua franca dan wahana ilmu.
Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahan bahasa pengatar agama Islam telah meningkatkan taraf, kecekapan dan kewibawaaannya. Istilah-istilah yang baru dan cara penghujahan dan penyataan yang baru demi mengungkapkan penegasan dan penghujahan yang lebih rumit dan kompleks tetapi lebih tepat, persis dan saintifik (Abu Hassan,2001:179).
Bagi kesusteraan Melayu tradisional, kedatangan Islam membuka lembaran baru dalam kehidupan masyrakat melayu tradisional. Agama Islam yang membawa sinar baru kepada masyrakat turut juga membawa memperkenalkan tuulisan yang wajar dan sesuai untuk dikembangkan pengunaan di Alam Melayu. Dengan itu, kertas yang telah sekian lama digunakan di Timur Tengah dan di Barat, mengambil alih peranan yang dimainkan oleh batu, logam, daun lontar dan sebagainya. Dakwat dan kalam juga ikut diperkenalkan penggunaan (Siti Hawa, 2002:6).
Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa tulisan Jawi telah diterima oleh masyarakat Melayu serentak dengan mereka menerima agama Islam dan mereka hanya mengambil sedikit masa untuk menyesuaikan tulisan itu pada bunyi-bunyi yang terdapat dalam bahasa mereka untuk dijadikan tulisan bahasa Melayu sendiri (Siti Hawa, 2002:10).
Era kolonialisme di alam Melayu selama hamper 500 tahun memperlihatkan bahawa mereka tidak Berjaya memusnahkan khazanah pusaka warisan Tamadun Melayu yang penting iaitu bahasa. Sastera dan pelbagai aspek kesenian yang menjadi komponen penting atau terus teras kepada kebudaya dan tamadun Melayu. Ini kerana pihak penjajah Belanda dan Inggeris menumpukan usaha mereka untuk menguasaai intitusi politik, pentadbiran serta ekonomi di Alam Melayu. Pada masa yang sama, mereka tidak pula menghalang perkembangan bahasa, sastera san kesenian Melayu. Malah ada dikalangan mereka yang bertidak sebagai penaung atau pengkaji bahasa, sastera dan kesenian yang terus menerus berkembang (Wan Hashim, 2001:112).
Buktinya ialah Stanford Riffles, merupakan orang yang pertama yang telah memperkenalkan konsep The Malayan nation, the Malay race, wilayah Melayu dan mengkonsepsi ‘ sejarah’ orang Melayu berdasarkan falsafah romantik, teori sosial dan biologi Eropah (Shamsul Amri, 2003:90).
Sebelum Perang Dunia Kedua, kebanyankan negari Melayu khususnya bekas Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Kedah Perlis, Kelantan, Terenganu dan Johor mengunakan bahasa Melayu secara meluas bagi tujuan rasmi seperti dalam mesyuarat, surat menyurat dan penulisan minit (Wan Ab Rahman, 2004:92).

Walaupun kedatangan penjajah Barat tidak Berjaya meminggirkan bahasa Melayu, namun apabila British memperkenalkan pendidikan aliran Inggris di semua peringkat, rendah, menegah dan tinggi (universiti) pada awal abad ke-20, bahasa Inggeris mula bertapak sebagai bahasa ilmu moden dan bahasa pengajian tinggi. Selama hamper tiga suku dekat bahasa Inggris menduduki tangga pertama dibandingkan dengan bahasa Melayu (Wan Hashim, 200587).

Perkara 152 dalam Perlebagaan Persekutuan telah memperakui bahawa Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi bagi Malaysia. Akta pelajaran juga menyatakan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di institusi-institusi pengajian.
Kesimpulan
Dalam menuju kearah permodenan dalam tahun 2020, Malaysia harus menjadikan Tamadun Melayu terdahulu sebagai teras yang mengikuti ajaran Islam. Kita tidak seharusnya mengikut pandangan Barat bulat-bulat tanpa perlu menapis setiap apa yang diperkatakan mereka. Seharusnya, perkara ini diperkasakan lagi untuk kemajuan Tamadun Malaysia. Sememangnya Tamadun Melayu adalah teras kepada Tamadun Malaysia, namun kini sikap Melayu yang terdahulu telah hilang dek globalisasi yang sedang ke hadapan. Seiring dengan itu, kita harus menguatkan lagi pegangan kita dalam Islam ke arah mewujudkan masyarakat yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

7 comments:

  1. mohon copy ya....untuk kegunaan peperiksaan

    ReplyDelete
  2. boleh senaraikan sumber rujukan jka tidak keberatan...=)

    ReplyDelete
  3. Terima kasih untuk sumber ini :)

    ReplyDelete
  4. nak copy buat assignment #ambik sikit je

    ReplyDelete
  5. its very helpful for my assignment

    ReplyDelete