Thursday

~Penilaian Terhadap Tamadun Islam~


DAMPAK BARAT

ü  Sama ada disedari atau tidak realiti yang paling penting pada masa kini, yang mencabar tamadun Islam dan tamadun Asia ialah dunia Barat atau tamadun Barat.
ü  Tanpa menyedari kesan dan dampak dunia Barat ke atas kita dengan sepenuhnya, kita tidak akan dapat merancang masa depan kita dengan sebaik- baiknya.
ü  Kesan dan dampak dunia Barat ke atas masyarakat Islam dan Asia sangat mendalam sehingga hampir menghilangkan sama sekali ciri-cin pengenalan din (identiti) bagi seseorang Islam atau seseorang Asia.
ü  Keseluruhan dunia pada hari ini kelihatan seolah-olah 'sebuah dunia Barat yang besar' (the great western world) yang tidak langsung memperlihatkan identiti selain daripada identiti tamadun Barat.
ü  Pengaruh dunia Barat ke atas seluruh bangsa manusia berpunca daripada sejarah penjajahan yang panjang.
ü  Penjajahan Barat mempunyai kesan yang meluas dan mendalam ke atas masyarakat Islam dan Asia sehingga merubah struktur ekonomi, institusi politik dan nilai budayanya.
ü  Disebabkan kuasa penjajahan Barat begitu kuat dominasi pengaruhnya, maka masyarakat yang di bawah penjajahan telah mengalami perasaan rendah diri ketara, malah meninggalkan sejarah dan warisan bangsa mereka sendiri.
ü  Mereka telah meletakkan tamadun Barat sebagai kemuncak pencapaian ketamadunan manusia.
ü  Tamadun Barat merupakan piawai atau kayu pengukur untuk menilai pencapaian masyarakat mereka sendiri.
ü  Penjajahan pemikiran seperti inilah sebenarnya kemuncak penjajahan Barat dalam memperkukuhkan dominasinya ke atas bangsa manusia yang lain sehingga hari mi.
ü  Meskipun kini kebanyakan negara atau masyarakat Islam dan Asia telah mencapal kemerdekaan, tetapi kesan pemerintahan dan dominasi penjajah masih ketara.
ü  Bentuk dominasi baru telah muncul sehinggakan dimanipulasi oleh penjajahan yang lampau.
ü  Masyarakat Islam dan Asia sukar dikenali dengan ciri- ciri kebangsaan yang tersendiri dalam semua lapangan kehidupan sama ada yang berkaitan dengan gaya hidup seseorang sehingga kepada kedaulatan negara dalam membuat keputusan.
ü  Kebebasan yang sepatutnya wujud pada sesebuah masyarakat atau negara dalam menentukan haluan kehidupan dan masa depan mereka sendiri telah dikongkong oleh pelbagai bentuk dominasi yang baru.


v  Dominasi Terhadap Politik
§  Kemerdekaan sesebuah negara pada masa kini tidak mempunyai makna yang besar selain daripada tampuk pemerintahan diserahkan kepada masyarakat tempatan.
§  Masyarakat yang dikatakan merdeka dalam banyak keadaan yang berkaitan dengan kebebasan membuat keputusan politik terutama di peringkat antarabangsa, masih tertakluk kepada telunjuk kuasa Barat.
§  Sukar untuk dinafikan bahawa politik antarabangsa hari ini didominasi sepenuhnya oleh beberapa buah negara kuasa besar (superpower) yang secara tidak langsung menggambarkan dominasi dunia Barat.
§  Negara Amerika Syarikat adalah negara terkuat di kalangannya yang mendominasikan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dengan kuasa vetonya bersama-sama dengan negara Rusia, United Kingdom, Perancis dan China.
§  Majlis Keselamatan PBB dari satu segi merupakan sebuah badan politik dunia yang terpenting.
§  Bagaimanapun keputusan-keputusan yang dibuat hanyalah sekadar mengesahkan keputusan negara-negara kuasa besar terutama Amerika Syarikat yang mempunyai kepentingan tertentu
§  Ketika sesuai dengan kepentingannya, Amerika Syarikat akan menggunakan Majlis Keselamatan PBB untuk mencapai objektif-objektif tertentu yang berkaitan dengan polisinya.
§  Pada masa-masa yang lain mereka akan bertindak secara bersendirian membelakangkan Majlis Keselamatan PBB seperti dalam persitiwa pengeboman Sudan dan Afghanistan pada tahun 1998, dengan helah untuk memusnahkan tempat-tempat yang dikatakan sebagai sarang-sarang pengganas.
§  Boleh dikatakan dalam hampir semua persengketaan wilayah dan antarabangsa sama ada di Somalia, Bosnia-Herzegovina, Palestin, Khasmir dan lain-lain, Amerika Syarikat telah terlibat secara langsung dengan menggambarkan diri mereka sebagai 'polls dunia'.
§  Situasi ini mencerminkan kuasa politik yang mendominasi global. Kedudukan Amerika Syarikat sebagai sebuah kuasa politik global disebabkan terutamanya oleh kekuatan ketenteraan atau militari.
§  Setelah perang dingin berakhir dan perpecahan Soviet Union, maka Amerika Syarikat telah muncul sebagai satu-satunya kuasa besar dunia yang tidak boleh ditandingi.
§  Negara tersebut memiliki senjata-senjata nuklear yang besar dan senjata-senjata yang tercanggih.
§  Paling menggerunkan senjata-senjata ini dipunyai oleh sebuah negara yang masih mengekalkan semangat jingoisme ke atas masyarakat bangsa- bangsa manusia yang lain.



v  Dominasi Terhadap Ekonomi
§  Sekiranya semasa zaman penjajahan sebelum ini penjajah Barat mendominasikan sumber-sumber semula jadi wilayah yang dijajah, maka hari ini keadaan yang hampir sama berlaku.
§  Syarikat-syarikat multinasional dari Barat seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan negara-negara Eropah yang lain termasuk juga Jepun telah menguasai kegiatan perdagangan antarabangsa.
§  Syarikat-syarikat berkenaan telah mendominasikan penggunaan sumber-sumber semula jadi, pengeluaran hasil-hasil perindustrian dan perkembangan Sains dan Teknologi (S&T) sesebuah negara.
§  Tidak cukup sekadar itu, sistem kewangan antarabangsa pula dikawal oleh sejumlah kecil Syarikat-syarikat kewangan gergasi, sekumpulan bank, pedagang-pedagang mata wang dan juga pengurus-pengurus dana pelaburan spekulatif antarabangsa, yang secara tidak langsung meneruskan dominasi dunia Barat ke atas bangsa-bangsa manusia yang lain.
§  Pola dominasi ekonomi yang sedemikian disokong oleh institusi-institusi global seperti International Monetary Fund (IMF), Bank Dunia serta World Trade Organisation (WTO) bersama-sama dengan kumpulan G8.
§  Mereka telah bertindak mencorakkan bentuk ekonomi global sebegitu rupa sehingga segala kepentingan negara-negara perindustrian yang kuat di hemisfera utara mendapat keutamaan mengatasi persoalan kebajikan negara-negara miskin di hemisfera selatan.
§  Masyarakat manusia di negara-negara membangun dan mundur tidak lebih sekadar memenuhi keperluan sumber tenaga manusia untuk mencapai kepentingan mercka dan masa yang sama sumber-sumber semula jadi di negara-negara tersebut dimonopoli secara tidak disedari.
§  Fenomena seperti ini merupakan satu bentuk penjajahan baru yang terselindung di sebalik gagasan perdagangan tanpa sempadan.

v  Dominasi Terhadap Media
§  Dunia Barat melalui potensi yang ada dalam bidang teknologi komunikasi dan maklumat telah mendominasikan penyebaran berita antarabangsa.
§  Tidak cukup dalam bidang politik dan ekonomi, dominasi Barat khususnya Amerika Syarikat turut mencakupi media massa.
§  Satu situasi yang begitu ketara mutakhir ini, media cetak dan elektronik yang semakin berpengaruh dikuasai oleh sekumpulan syarikat- syarikat gergasi yang berpusat di dunia Barat.
§  Agensi berita antarabangsa terutama dari Amerika Syarikat menentukan dengan meluasnya bagaimana maklumat tentang penstiwa-peristiwa antarabangsa diolah dan dipersembahkan kepada masyarakat dunia.
§  Malah sesuatu peristiwa yang berlaku dalam negara di luar dunia Barat senang dicampur dan ditafsirkan untuk penerimaan negara-negara jirannya oleh agensi berita Barat bagi memperolehi kepentingan-kepentingan tertentu.
§  Tegasnya, masyarakat di luar dunia Barat melihat jiran-jiran mercka bahkan mercka sendiri sendiri menurut kaca mata Barat.
v  Dominasi Terhadap Budaya
§  Dominasi dunia Barat juga dikaitkan dengan dominasi budaya. Dalam tiga dekad kebelakangan ini, dunia Barat terutama Amerika Syarikat telah membanjiri dunia dengan pengeskportan budayanya.
§  Dalam konteks budaya ini, pengaruh yang paling berkesan atau signifikan ialah hiburan.
§  Pada hari ini filem, muzik, nyanyian, kartun dan komik dari Amerika Syarikat telah tersebar dengan meluasnya di seluruh dunia sehingga mempengaruhi cara hidup remaja di seluruh dunia.
§  Selain daripada itu, budaya hidup Barat yang ditonjolkan melalui jenama- janama seperti Cocacola, Mc Donalds, Levi's dan lain-lain telah menjadi sebahagian daripada budaya global.
§  Masyarakat manusia di merata tempat telah menyedut dan mengasimilasikan jenis-jenis makanan, pakaian dan hiburan ala- Amerika dalam jumlah yang besar dan belum pernah berlaku dalam sejarah sebelum ini.
§  Namun bukan sahaja Amerika Syarikat yang telah mengeksport budaya mereka tetapi juga syarikat-syarikat dari Eropah dan Jepun turut mengeksport kartun dan muzik ciptaan Amerika Syarikat.
§  Berdasarkan kepada keterangan tentang dominasi kuasa Barat dalam bidang- bidang tersebut, dapat diperhatikan penguasaan kuasa Barat yang begitu mencengkam ke atas bangsa-bangsa manusia yang lain termasuklah masyarakat Islam dan Asia.
§  Gergasi media Barat khususnya dari Amerika Syarikat seperti CNN, telah menyesuaikan diri dengan tuntutan dan suasana dalam masyarakat Islam dan Asia di mana mereka beroperasi.
§  Syarikat-syarikat multinasional yang sedang beribu pejabat di Amerika Syarikat telah menjadi global dan segi pengeluaran, pemasaran dan penyelidikan.
§  Pedagang-pedagang mata wang yang terdiri dari pelbagai bangsa dan warna kulit, pada akhirnya tidak mempunyai ketaatan pada mana-mana negara.
§  Tegasnya, kemelut yang berkaitan dengan dominasi Barat telah menjadi begitu global atau sejagat, sehingga pada hari ini dominasi tersebut tidak lagi mengenali sempadan penempatan geografi atau budaya tertentu.
§  Dominasi Barat daripada cara hidup seseorang sehingga kedaulatan politik wujud di mana-mana.
§  Cara hidup Barat telah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita.
§  Keputusan- keputusan mereka dalam politik dan ekonomi secara mudah memberi kesan yang besar kepada politik dan ekonomi kita.
§  Mereka telah memakaikan kaca mata mereka kepada kita sehingga kita melihat sesuatu menurut perspektif mereka.
§  Dengan menjadi sebegitu global dunia Barat telah menjadikan diri mereka biasa {neutral) dan mudah diterima di mana-mana sahaja.
§  Menyedari tentang hakikat tersebut, penilaian terhadap kesan dan dampak dunia Barat ke atas tamadun Islam dan Asia bukanlah mudah.
§  Contoh yang begitu ketara ialah siri-siri pengeboman ke atas Iraq. Majoriti manusia tiada lagi suara untuk menentukan nasib masa depan mereka sendiri.
§  Dari satu sudut budaya dan tamadun bukan Barat bahkan bukan Amerika Syarikat, sebenarnya tidak banyak peranan besar pada tahap global.
§  Budaya dan tamadun lain sememangnya begitu takut kepada kuasa penyamarataan (homogenising) yang dimiliki oleh budaya Amerika Syarikat yang sangat dominan.
§  Oleh sebab itu, perjuangan untuk menjaga dan meneruskan kepelbagaian budaya dan tamadun merupakan satu terna perjuangan yang harmoni dengan agama Islam dan agama- agama Asia yang lain.
§  Tema ini akan menjadi cabaran yang terpenting pada masyarakat Islam dan Asia dalam abad ke-21 akan datang.