Thursday

~Penilaian Terhadap Tamadun Islam~


DAMPAK BARAT

ü  Sama ada disedari atau tidak realiti yang paling penting pada masa kini, yang mencabar tamadun Islam dan tamadun Asia ialah dunia Barat atau tamadun Barat.
ü  Tanpa menyedari kesan dan dampak dunia Barat ke atas kita dengan sepenuhnya, kita tidak akan dapat merancang masa depan kita dengan sebaik- baiknya.
ü  Kesan dan dampak dunia Barat ke atas masyarakat Islam dan Asia sangat mendalam sehingga hampir menghilangkan sama sekali ciri-cin pengenalan din (identiti) bagi seseorang Islam atau seseorang Asia.
ü  Keseluruhan dunia pada hari ini kelihatan seolah-olah 'sebuah dunia Barat yang besar' (the great western world) yang tidak langsung memperlihatkan identiti selain daripada identiti tamadun Barat.
ü  Pengaruh dunia Barat ke atas seluruh bangsa manusia berpunca daripada sejarah penjajahan yang panjang.
ü  Penjajahan Barat mempunyai kesan yang meluas dan mendalam ke atas masyarakat Islam dan Asia sehingga merubah struktur ekonomi, institusi politik dan nilai budayanya.
ü  Disebabkan kuasa penjajahan Barat begitu kuat dominasi pengaruhnya, maka masyarakat yang di bawah penjajahan telah mengalami perasaan rendah diri ketara, malah meninggalkan sejarah dan warisan bangsa mereka sendiri.
ü  Mereka telah meletakkan tamadun Barat sebagai kemuncak pencapaian ketamadunan manusia.
ü  Tamadun Barat merupakan piawai atau kayu pengukur untuk menilai pencapaian masyarakat mereka sendiri.
ü  Penjajahan pemikiran seperti inilah sebenarnya kemuncak penjajahan Barat dalam memperkukuhkan dominasinya ke atas bangsa manusia yang lain sehingga hari mi.
ü  Meskipun kini kebanyakan negara atau masyarakat Islam dan Asia telah mencapal kemerdekaan, tetapi kesan pemerintahan dan dominasi penjajah masih ketara.
ü  Bentuk dominasi baru telah muncul sehinggakan dimanipulasi oleh penjajahan yang lampau.
ü  Masyarakat Islam dan Asia sukar dikenali dengan ciri- ciri kebangsaan yang tersendiri dalam semua lapangan kehidupan sama ada yang berkaitan dengan gaya hidup seseorang sehingga kepada kedaulatan negara dalam membuat keputusan.
ü  Kebebasan yang sepatutnya wujud pada sesebuah masyarakat atau negara dalam menentukan haluan kehidupan dan masa depan mereka sendiri telah dikongkong oleh pelbagai bentuk dominasi yang baru.


v  Dominasi Terhadap Politik
§  Kemerdekaan sesebuah negara pada masa kini tidak mempunyai makna yang besar selain daripada tampuk pemerintahan diserahkan kepada masyarakat tempatan.
§  Masyarakat yang dikatakan merdeka dalam banyak keadaan yang berkaitan dengan kebebasan membuat keputusan politik terutama di peringkat antarabangsa, masih tertakluk kepada telunjuk kuasa Barat.
§  Sukar untuk dinafikan bahawa politik antarabangsa hari ini didominasi sepenuhnya oleh beberapa buah negara kuasa besar (superpower) yang secara tidak langsung menggambarkan dominasi dunia Barat.
§  Negara Amerika Syarikat adalah negara terkuat di kalangannya yang mendominasikan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dengan kuasa vetonya bersama-sama dengan negara Rusia, United Kingdom, Perancis dan China.
§  Majlis Keselamatan PBB dari satu segi merupakan sebuah badan politik dunia yang terpenting.
§  Bagaimanapun keputusan-keputusan yang dibuat hanyalah sekadar mengesahkan keputusan negara-negara kuasa besar terutama Amerika Syarikat yang mempunyai kepentingan tertentu
§  Ketika sesuai dengan kepentingannya, Amerika Syarikat akan menggunakan Majlis Keselamatan PBB untuk mencapai objektif-objektif tertentu yang berkaitan dengan polisinya.
§  Pada masa-masa yang lain mereka akan bertindak secara bersendirian membelakangkan Majlis Keselamatan PBB seperti dalam persitiwa pengeboman Sudan dan Afghanistan pada tahun 1998, dengan helah untuk memusnahkan tempat-tempat yang dikatakan sebagai sarang-sarang pengganas.
§  Boleh dikatakan dalam hampir semua persengketaan wilayah dan antarabangsa sama ada di Somalia, Bosnia-Herzegovina, Palestin, Khasmir dan lain-lain, Amerika Syarikat telah terlibat secara langsung dengan menggambarkan diri mereka sebagai 'polls dunia'.
§  Situasi ini mencerminkan kuasa politik yang mendominasi global. Kedudukan Amerika Syarikat sebagai sebuah kuasa politik global disebabkan terutamanya oleh kekuatan ketenteraan atau militari.
§  Setelah perang dingin berakhir dan perpecahan Soviet Union, maka Amerika Syarikat telah muncul sebagai satu-satunya kuasa besar dunia yang tidak boleh ditandingi.
§  Negara tersebut memiliki senjata-senjata nuklear yang besar dan senjata-senjata yang tercanggih.
§  Paling menggerunkan senjata-senjata ini dipunyai oleh sebuah negara yang masih mengekalkan semangat jingoisme ke atas masyarakat bangsa- bangsa manusia yang lain.



v  Dominasi Terhadap Ekonomi
§  Sekiranya semasa zaman penjajahan sebelum ini penjajah Barat mendominasikan sumber-sumber semula jadi wilayah yang dijajah, maka hari ini keadaan yang hampir sama berlaku.
§  Syarikat-syarikat multinasional dari Barat seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan negara-negara Eropah yang lain termasuk juga Jepun telah menguasai kegiatan perdagangan antarabangsa.
§  Syarikat-syarikat berkenaan telah mendominasikan penggunaan sumber-sumber semula jadi, pengeluaran hasil-hasil perindustrian dan perkembangan Sains dan Teknologi (S&T) sesebuah negara.
§  Tidak cukup sekadar itu, sistem kewangan antarabangsa pula dikawal oleh sejumlah kecil Syarikat-syarikat kewangan gergasi, sekumpulan bank, pedagang-pedagang mata wang dan juga pengurus-pengurus dana pelaburan spekulatif antarabangsa, yang secara tidak langsung meneruskan dominasi dunia Barat ke atas bangsa-bangsa manusia yang lain.
§  Pola dominasi ekonomi yang sedemikian disokong oleh institusi-institusi global seperti International Monetary Fund (IMF), Bank Dunia serta World Trade Organisation (WTO) bersama-sama dengan kumpulan G8.
§  Mereka telah bertindak mencorakkan bentuk ekonomi global sebegitu rupa sehingga segala kepentingan negara-negara perindustrian yang kuat di hemisfera utara mendapat keutamaan mengatasi persoalan kebajikan negara-negara miskin di hemisfera selatan.
§  Masyarakat manusia di negara-negara membangun dan mundur tidak lebih sekadar memenuhi keperluan sumber tenaga manusia untuk mencapai kepentingan mercka dan masa yang sama sumber-sumber semula jadi di negara-negara tersebut dimonopoli secara tidak disedari.
§  Fenomena seperti ini merupakan satu bentuk penjajahan baru yang terselindung di sebalik gagasan perdagangan tanpa sempadan.

v  Dominasi Terhadap Media
§  Dunia Barat melalui potensi yang ada dalam bidang teknologi komunikasi dan maklumat telah mendominasikan penyebaran berita antarabangsa.
§  Tidak cukup dalam bidang politik dan ekonomi, dominasi Barat khususnya Amerika Syarikat turut mencakupi media massa.
§  Satu situasi yang begitu ketara mutakhir ini, media cetak dan elektronik yang semakin berpengaruh dikuasai oleh sekumpulan syarikat- syarikat gergasi yang berpusat di dunia Barat.
§  Agensi berita antarabangsa terutama dari Amerika Syarikat menentukan dengan meluasnya bagaimana maklumat tentang penstiwa-peristiwa antarabangsa diolah dan dipersembahkan kepada masyarakat dunia.
§  Malah sesuatu peristiwa yang berlaku dalam negara di luar dunia Barat senang dicampur dan ditafsirkan untuk penerimaan negara-negara jirannya oleh agensi berita Barat bagi memperolehi kepentingan-kepentingan tertentu.
§  Tegasnya, masyarakat di luar dunia Barat melihat jiran-jiran mercka bahkan mercka sendiri sendiri menurut kaca mata Barat.
v  Dominasi Terhadap Budaya
§  Dominasi dunia Barat juga dikaitkan dengan dominasi budaya. Dalam tiga dekad kebelakangan ini, dunia Barat terutama Amerika Syarikat telah membanjiri dunia dengan pengeskportan budayanya.
§  Dalam konteks budaya ini, pengaruh yang paling berkesan atau signifikan ialah hiburan.
§  Pada hari ini filem, muzik, nyanyian, kartun dan komik dari Amerika Syarikat telah tersebar dengan meluasnya di seluruh dunia sehingga mempengaruhi cara hidup remaja di seluruh dunia.
§  Selain daripada itu, budaya hidup Barat yang ditonjolkan melalui jenama- janama seperti Cocacola, Mc Donalds, Levi's dan lain-lain telah menjadi sebahagian daripada budaya global.
§  Masyarakat manusia di merata tempat telah menyedut dan mengasimilasikan jenis-jenis makanan, pakaian dan hiburan ala- Amerika dalam jumlah yang besar dan belum pernah berlaku dalam sejarah sebelum ini.
§  Namun bukan sahaja Amerika Syarikat yang telah mengeksport budaya mereka tetapi juga syarikat-syarikat dari Eropah dan Jepun turut mengeksport kartun dan muzik ciptaan Amerika Syarikat.
§  Berdasarkan kepada keterangan tentang dominasi kuasa Barat dalam bidang- bidang tersebut, dapat diperhatikan penguasaan kuasa Barat yang begitu mencengkam ke atas bangsa-bangsa manusia yang lain termasuklah masyarakat Islam dan Asia.
§  Gergasi media Barat khususnya dari Amerika Syarikat seperti CNN, telah menyesuaikan diri dengan tuntutan dan suasana dalam masyarakat Islam dan Asia di mana mereka beroperasi.
§  Syarikat-syarikat multinasional yang sedang beribu pejabat di Amerika Syarikat telah menjadi global dan segi pengeluaran, pemasaran dan penyelidikan.
§  Pedagang-pedagang mata wang yang terdiri dari pelbagai bangsa dan warna kulit, pada akhirnya tidak mempunyai ketaatan pada mana-mana negara.
§  Tegasnya, kemelut yang berkaitan dengan dominasi Barat telah menjadi begitu global atau sejagat, sehingga pada hari ini dominasi tersebut tidak lagi mengenali sempadan penempatan geografi atau budaya tertentu.
§  Dominasi Barat daripada cara hidup seseorang sehingga kedaulatan politik wujud di mana-mana.
§  Cara hidup Barat telah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita.
§  Keputusan- keputusan mereka dalam politik dan ekonomi secara mudah memberi kesan yang besar kepada politik dan ekonomi kita.
§  Mereka telah memakaikan kaca mata mereka kepada kita sehingga kita melihat sesuatu menurut perspektif mereka.
§  Dengan menjadi sebegitu global dunia Barat telah menjadikan diri mereka biasa {neutral) dan mudah diterima di mana-mana sahaja.
§  Menyedari tentang hakikat tersebut, penilaian terhadap kesan dan dampak dunia Barat ke atas tamadun Islam dan Asia bukanlah mudah.
§  Contoh yang begitu ketara ialah siri-siri pengeboman ke atas Iraq. Majoriti manusia tiada lagi suara untuk menentukan nasib masa depan mereka sendiri.
§  Dari satu sudut budaya dan tamadun bukan Barat bahkan bukan Amerika Syarikat, sebenarnya tidak banyak peranan besar pada tahap global.
§  Budaya dan tamadun lain sememangnya begitu takut kepada kuasa penyamarataan (homogenising) yang dimiliki oleh budaya Amerika Syarikat yang sangat dominan.
§  Oleh sebab itu, perjuangan untuk menjaga dan meneruskan kepelbagaian budaya dan tamadun merupakan satu terna perjuangan yang harmoni dengan agama Islam dan agama- agama Asia yang lain.
§  Tema ini akan menjadi cabaran yang terpenting pada masyarakat Islam dan Asia dalam abad ke-21 akan datang.

~Tamadun Islam Berasaskan Akidah~


PENDAHULUAN

Kebangkitan gerakkan Islam diabad ini, memperlihatkan tanda-tanda yang sihat kearah menegakkan semula masyarakat yang memahami dan menghayati ajaran islam. Penghayatan ajaran Islam dikalangan umat islam adalah bertunjang dari kefahaman, kecintaan serta keyakinan yang bertapak dihati dan jiwa orang-orang yang bergelar muslim. Masyarakat muslim sepatutnya sudah mencapai kehidupan yang lebih baik dengan berpandukan ciri-ciri tamadun islam yang terdahulu. Masyarakat muslim harus berbangga dengan usaha orang-orang muslim yang terdahulu kerana wujudnya sebuah tamadun yang terbaik dikalangan tamadun-tamadun lain. Tamadun tersebut ialan Tamadun Islam.

Tamadun islam ialah tamadun yang didirikan oleh masyarakat muslim sejak dari dulu lagi. Ia merupakan sebuah tamadun yang sepadu dengan menitikberatkan penekanan kemajuan, kerohanian serta kemajuan kebendaan. Tamadun islamlah yang telah berjaya meletakkan manusia sesuai dengan martabatnya. Mengeluarkan menusia dari kegelapan jahiliyah kepada Nur Islam. Terdapat tiga perkara penting dalam mewujudkan sebuah tamadun islam yang unggul iaitu akidah, syariah dan akhlak. Apa yang akan kita perbicangkan ialah mengenai tamadun islam yang beasaskan akidah.

APA ITU TAMADUN ISLAM.

Dapat kita lihat hari ini bahawa pengaruh Islam amat besar dalam dunia masa kini. Apa yang kita perolehi hari ini adalah hasil daripada tamadun yang telah didirikan oleh masyarakat muslim dari abad ke 7M dan telah menjadi panduan kita hingga kini. Tamadun islam adalah tamadun yang hebat berbanding tamadun barat yang lain.. Pelbagai bangsa dalam dunia ini telah bergabung dibawah naungan islam yang satu kearah membina sebuah tamadun agung sehingga wujudnya bandar-bandar terkemuka seperti Madina suatu ketika dahulu. Bandar-bandar ini menjadi pusat-pusat penting perkembangan tamadun dan kebudayaan islam seterusnya menjadi pusat tumpuan dunia dalam hal-hal keilmuan dan sebagainya. Bukan itu sahaja bahkan tamadun islam telah memberi sumbangan yang tidak ternilai dari segi kemanusiaan.

Dalam islam banyak pendapat telah dikemukan oleh saujana-saujana mengenai maksud tamadun islam. Walaupun banyak pendapat mengenainya, kesemuanya mempunyai maksud yang lebih kurang sama dan bertepatan dengan maksud tamadun islam dari kaca mata islam itu sendiri. Apabila kita merujuk kepada Bahasa Malayu, tamadun diertikan oleh Kamus Dewan Bahasa sebagai kebudayaan, peradaban dan kemajuan. Peradaban diertikan sebagai kemajuan yang meliputi kehidupan fizikal dan spritual sesutau bangsa atau masyarakat. Pengertian tersebut menepati makna tamadun islam dari kaca mata islam. Dapat disimpulkan di sini bahawa, tamadun islam ialah manifestasi kemajuan dan pembangunan yang dibina oleh masyarakat ialam berlandaskan ciri-ciri islam. Penekanan dan pembinaan tamadun islam adalah merangkumi aspek spritual, material dan intelektual. Ringkasnya islam merupakan tamadun yang bersifat ‘Multi-dimensional’.

APA ITU AQIDAH.

Aqidah ialah iman atau kepercayaan kepada Allah S.W.T yang diikat oleh dua kalimah syahadah. Ia merupakan asas kepada kewujudan agama islam. Perkataan aqidah dari segi bahasanya beerti satu ikatan yang mengikat kepada suatu kepada suatu yang lain. Aqidah merupakan satu ikatan keyakinan yang mengikat diri seseorang, pemikiran seseorang, hati seseorang dengan satu kayakinan dan dengan itu kehidupannya menjadi satu kehidupan yang terarah dan terpimpin. Sebab itulah rukun-rukun keyakinan yang ditentukan oleh islam dipanggil aqidah kerana ia telah mengikat seseorang muslim itu untuk hidup berasaskan kepada dasar-dasar keyakinan yang disebut juga sebagai ‘iman’ iaitu kepercayaan.

Dari segi istilah pula, perkataan ‘iman’ mengandungi pengertian yang sama dengan perkataan aqidah. Iman dari segi bahasa mengandungi erdi kesejahteraan dan kejujuran. Ia diambil dari perkataan amanah atau al-aman yang beerti amanah, jujur dan kesejahteraan. Orang-orang yang beriman beerti orang yang telah bersikap jujur terhadap dirinya kerana telah meletakkan dirinya pada tempat yang betul dan tidak mengkhianati dirinya. Dia beriman kepada Allah dan balasannya dia akan mendapat kesejahteraan.

AQIDAH SEBAGAI DASAR HIDUP MUSLIM

Dasar keimanan adalah asas kepada dasar hidup. Berdasarkan kepada maksud aqidah tadi, seseorang yang beraqidah Islam harus faham bahawa dengan menyebut ucapan dua kalimah syahadah telah menyebabkan dirinya terikat dengan tangunggjawab serta komitmen yang tinggi terhadap allah S.W.T. bukan sekadar ketaatan yang mutlak kepada Allah sahaja bahkan seseorang yang mengaku beraqidah islam mesti menjadikan seluruh jiwa raganya serta hidup dan matinya untuk Allah S.W.T semata-mata.

Islam meletakkan asas aqidah ini di luar alam tabi’i. Asas yang pertama iaitu Kepercayaan Kepada Allah akan dapat membentuk satu sikap hidup yang tinggi. Seseorang yang menghayati akan merasai dirinya bebas dan merdeka dari ikatan mana-mana makhluk di alam semesta ini. Sebaliknya, orang yang tidak beriman dengan Allah mempunyai satu pandangan dan nilai hidup yang akan diukur dari segi kepentingan dan hubungan dengan duniawi.

Sebagai contoh, orang-orang yang terikat dengan dunia tidak akan mempunyai keberanian untuk berperang dan sangat takut kepada mati kerana melihat hubungan hanya dengan dunia ini sahaja. Keluasan Akhirat adalah suatu perkara yang tidak lagi menimbulkan persoalan dikalangan orang-orang yang beriman kerana mereka meyakini bahawa Akhirat itu adalah satu alam yang luas. Orang yang tidak beriman meletakkan dirinya di dalam hubungan dengan dunia sementara orang yang beriman dengan allah akan memandang kehidupannya di dalam perhubungan antara dia dengan Allah yang memeliki alam semesta ini. Sebab itu dia tidak ragu-ragu untuk berjuang dan mati apabila dipanggil.

Kita diajar bagaimana caranya untuk mati kerana di dalam kita mengenali kematianlah, kita akan hidup. Seseorang yang lemah tidak akan merasa terhina dengan kelemahan, yang miskin tidak akan merasa terhina dengan kemiskinannya, yang bodoh tidak akan merasa terhina dengan kebodohannya kerana hidup bukan dinilai dari apa yang diperolehi dari benda itu tetapi dari apa yang akan diperolehi dari Allah. Demikian juga yang senang tidak akan berbangga dengan kesenangannya, yang berkuasa tidak akan berbangga dengan kekuasaannya dan yang berilmu tidak akan berbangga dengan ilmunya kerana dia tahu bahawa semuanya tidak akan beerti jikalau diletakkan dalam satu tempat yang bertentangan dengan Allah.

Dengan itu asas keimanan akan dapat membentuk satu sikap aqliyah dan ruhaniyyah yang akan dapat membangunkan satu peradaban yang tinggi. Sebab itulah kita lihat Islam meletakkan rukun-rukun keimanan yang sedemikian itu: percaya kepada Allah yang Maha Esa, percaya kepada para rasul dan malaikat, percaya kepada kitab-kitab dan hari kemudian serta qada’ dan qadar yang merupakan satu gambaran kekuasaan Allah yang tinggi, yang memiliki alam semesta ini. Menolak salah satu dari enam rukun ini beerti menolak seluruhnya kerana antara satu dengan yang lain, saling kait berkaitan. Ia mesti diterima secara menyeluruh kerana keimanan dengan Allah bergantung kepada keimanan secara menyeluruh, kerana keimanan dengan Allah bergantung kepada keimanan dengan Rasul. Kedatangan Islam bukan sekadar untuk memberitahu bahawa Allah itu wujud kerana mereka tahu Allah itu ada.

Aqidah islam itu adalah aqidah tauhid kerana ia berdasarkan keEsaan Allah sebagai pencipta seluruh alam. Manusia dituntut mengabdikan dirinya hanya kepada yang Maha Esa dan seluruh kehidupan ini bersumberkan daripadaNya sahaja. Seluruh alam semesta adalah merupakan tanda-tanda tentang kewujudan yang Maha Esa. Seseorang yang hendak menjadi muslim mesti mengisytiharkan secara terbuka akan keyakinannya bahawa “La Ilaha IllaLlah” sebagai kebenaran yang mutlak.

KESATUAN AQIDAH

Inilah yang merupakan pengertian pokok dalam keimanan, yakni aqidah dan untuk menjelaskannya lagi Allah Taala menurunkan kitab-kitab suciNya, mengutuskan semua Rasulnya dan dijadikan sebagai wasiatNya baik untuk golongan awwalin (orang-orang dahulu) dan golongan akhirin (orang-orang kemudian) .
Aqidah merupakan kesatuan yang tidak akan berubah-ubah kerana pergantian zaman atau tempat tidak pula berganti-ganti kerana perbezaan golongan atau masyarakat.
Allah ta’ala berfirman:
“Allah telah mensyariatkan agama untukmu semua iaitu yang diwasiatkan kepada Nuh yang kami wahyukan padamu, juga yang kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa, hendaklah kamu semua menegakkan agama itu dan jangan berselisih di dalam melaksanakannya (Asy-Syura: 13)

Jelaslah dari ayat di atas itu bahawa agama yang disyariatkan oleh Allah ta’ala kepada kita itu adalah sebagaiman yang pernah diwasiatkan kepada Rasul-rasulNya yang dahulu-dahulu, yakni agama yang merupakan pokok-pokok aqidah dan tiang-tiang atau rukun-rukun keimanan. Jadi bukannya cabang-cabangnya agama atau syariat-syariatnya yang berupa amalan. Sebabnya adalah kerana setiap ummat itu tentu memiliki syariat-syariat amaliah yang sesuai dengan keadaan mereka sendiri, hal-ehwal serta jalan fikiran serta kerohanian mereka itu pula.

PENGARUH AQIDAH

Apa yang ditempuh oleh manusia dan apa yang telah dilaksanakan olehnya dalam kehidupan di dunia adalah merupakan suatu pernyataan dari kenyataan aqidah atau kepercayaan. Jikalau aqidah yang terpateri di dalam jiwanya itu baik dan benar, maka baik dan benar pulalah jalan yang ditempuhnya serta lurus dalam mengerjakannya. Tetapi jikalau aqidah itu rosak dan salah, maka jalan yang ditempuhnya pun rosak, sesat dan menyeleweng dari kebenaran.
Oleh sebab itu, maka aqidah tauhid dan keimanan adalah suatu hal yang mutlak yang perlu sama sekali tidak dapat ditinggalkan oleh siapa pun, agar seseorang itu dapat mencapai kesempurnaan keperibadian dan pula merialisasikan kemanusiannya itu sendiri. Aqidah keimanan ini memberikan kesan yang besar dalam memberikan didikan yang amat luar biasa terhadap kaum mukminin yang terdahulu, yang telah menyebabkan jiwa menjadi suci, bersih dan murni, dilenyapkan sari segala penyakit seperti dengki, dendam, bangga pada diri sendiri, kefasikan, kecurangan dan lain-lain lagi. Aqidah juga dapat membersihkan kaum mukminin dari kotoran didikan yang merosakkan serta bahayanya watak yang rendah dan juga dari kejahatan pusaka adat-istiadat yang hina.

Itulah yang menyebabkan orang-orang dahulu itu menjadi tinggi dan luhur cita-citanya. Yang mereka usahakan hanyalah perkara-perkara yang agung, besar dan jaya. Mereka telah dapat menempatkan diri mereka sebagai pemimpin manusia, pembimbing ummat sedunia, dimerdekakan jiwa mereka itu dari segala macam khurafat, khayalan dan angan-angan yang buruk yang tiada faedahnya. Mereka juga dilepaskan dari belengu yang dipasang oleh para raja dan kaum bangsawan.

Sebenarnya, lebih banyak lagi pengaruh aqidah dalam kehidupan manusia. Aqidah inilah yang memantapkan hati ummat Islam dahulu, sehingga dapat memperoleh kemenangan yang gilang gemilang, membebaskan negeri itu dan ini, memerdekakan bangsa itu dan ini, dan sebagainya. Disamping itu mereka juga menanamkan ilmu dan mengajak mengamalkan amalan yang soleh. Selain itu mereka berhasil pula memantapkan kemajuan yang cahayanya bersinar ke seluruh penjuru dunia, kemanfaatannya merata ke seluruh pelusuk bumi, di timur mahupun di barat.

Itulah pengaruh dan kesan aqidah yang haq jikalau sudah benar-benar meresap dan tertanam dalam jiwa manusia.

~Iktibar Tamadun India: Pandangan Semesta Dan Nilai-Nilai~



PANDANGAN UMUM

Kepercayaan bahawa terdapat satu tamadun atau peradaban yang sempurna adalah mitos, bukan realiti. Setiap tamadun mempunyai kekuatan-kekuatan (keunikan) dan kelemahan-kelemahan yang tersendiri. Kekuatan sesuatu tamadun mungkin terletak pada nilai-nilai moral, agama, falsafah, politik dan estetik manakala kelemahannya terletak pada nilai-nilai ideal. Untuk meneliti dan mengkaji nilai-nilai ideal bukanlah merupakan suatu tugas yang sukar tetapi untuk mengidentifikasikan kelemahan-kelemahan dan memahami sesuatu tamadun itu, menjadi satu cabaran.

Dari tamadun India, kita dapat memerhatikan dua sudut pandangan yang menarik mengenainya iaitu pertama, nilai-nilai ideal dan kontradiksi terhadap nilai-nilai itu; dan keduanya, cara tamadun ini menyesuaikan diri terhadap perkara ini. Inilah dianggap iktibar tamadun India yang menjadi teladan kepada zaman moden masa kini. Dalam konteks ini, iktibar dari tamadun India dilihat melalui dua aspek terpenting iaitu pertama, pandangan semesta dan kedua, nilai- nilai.


PANDANGAN SEMESTA

Sifat Penerimaan

Sejarah India yang dibahagikan kepada tiga zaman, iaitu zaman purba, zaman pertengahan dan zaman moden atau masing-masing dikenali sebagai Zaman Hindu, Muslim dan British, telah menyaksikan kedatangan penduduk-penduduk baru dan kemunculan budaya, tradisi, agama, falsafah, bahasa, idea dan sistem baru. Tamadun India dapat meresap, mengubah suai dan kekal dengan elemen- elemen dari dalam dan luar India. Semuanya ini membentuk suatu masyarakat berbilang budaya, agama dan kumpulan etnik dan subetnik di samping terdapat perbezaan berdasarkan kasta, kawasan dan bahasa, yang masing-masing membuka ruang dan peluang bagi pembahagian masyarakat.

Kepelbagaian dalam masyarakat menyumbangkan unsur-unsur kontradiksi seperti kebaikan dan keburukan, toleransi dan tidak bertoleransi, perpaduan dan tidak bersatupadu, kesetiaan dan ketidaksetiaan, persamaan dan ketidaksamaan, integrasi dan perasingan, bekerjasama dan persaingan, persetujuan dan konflik, persamaan dan perbezaan, keadilan dan ketidakadilan, dan perasaan khuatir dan tidak dipedulikan. Tetapi masyarakat India tidak berpecah belah atau tidak menimbulkan keadaan huru-hara walaupun beberapa perubahan antaranya dilakukan dengan kekerasan bukan secara sukarela. Masyarakat India kekal dengan kestabilan walaupun terdapat zaman-zaman yang menyaksikan perubahan pesat dan radikal kerana serangan luar. Ini kerana pandangan semesta India yang menekankan perpaduan dalam kepelbagaian dan dibantu oleh organisasi sosial yang menerima pelbagai unsur sambil menentang perubahan-perubahan.

Tamadun India, khasnya tamadun Hindu, telah mengembangkan pandangan semesta yang dapat mengharmonikan kecenderungan-kecenderungan berkonflik dan lain-lain unsur kepelbagaian dunia fenomena. Pandangan semesta organik ini, walaupun dibentuk berasaskan sifat kerohanian, menerangkan realiti seperti yang didapati di peringkat dasar (ultimate) dan di peringkat duniawi. Pada peringkat dasar realiti dilihat sebagai tidak berpenghujung (infinite) dan tidak terbatas tetapi pada peringkat duniawi ia dilihat sebagai bersifat majmuk dengan pelbagai nama dan bentuk. Tiap-tiap satu ini diakui sebagai realiti dengan unsur-unsur tersendiri di peringkat masing-masing. Walaupun perbezaan- perbezaan ini diakui sebagai satu yang berdasarkan tujuan ia wujud dalam konteksnya, mereka ini haruslah dilihat sebagai pandangan terhad. Sebenarnya mereka ini adalah manifestasi kepelbagaian realiti yang tidak berbeza. Unsur- unsur majmuk, yang dianggap sebagai manifestasi realiti mutlak, saling berhubung dan bergantung antara satu sama lain sebagai elemen-elemen keseluruhan yang berbeza {differentiated totality). Tiap-tiap satu boleh menjadi tumpuan bagi memahami keseluruhan. Dengan mengidentifikasikan unsur-unsur majmuk dengan keseluruhan, konflik yang berlaku di peringkat duniawi dapat diatasi. Jadi pandangan semesta ini menekankan sifat perpaduan di satu permgkat dan sifat majmuk-relativisme di peringkat lain.

Pandangan semesta ini lebih bersesuaian dengan unsur-unsur kompleks yang terdapat dalam realiti sosial, jadi ia bersedia untuk menerima pelbagai sistem, corak kehidupan sosial dan kepercayaan-kepercayaan. la tidak menuntut atau diganggu oleh prinsip moral yang terlibat dengan kepercayaan bahawa ia mempunyai kebenamn. Pandangan semesta ini membenarkan seseorang memilih cara berfikir dan melakukan tindakan sendiri. Oleh yang demikian kontradiksi diterima sebagai unsur kehidupan yang tidak dapat dielakkan. Perspektif ini menunjukkan bagaimana India dapat menerima dan dapat mengekalkan pelbagai tradisi, pandangan dan pemikiran yang sering berbeza. Pendek kata, pandangan semesta ini bukan sahaja menerima perbezaan dan kepelbagaian tetapi menuntut supaya mereka wujud bersama.

Sikap menerima kepelbagaian, perbezaan dan kontradiksi dalam tradisi sosiobudaya merupakan sumbangan utama tamadun India kepada tamadun dunia. Sifat ini ialah asas pandangan semesta India yang asal. la menekankan hakikat bahawa terdapat cara berfikir, cara hidup dan cara membuat sesuatu yang berbeza dan alternatif walaupun ia bertentangan satu sama lain. Sifat ini membenarkan kepelbagaian dan menerima hakikat bahawa kontradiksi bukan sahaja boleh wujud bersama tetapi harus wujud bersama kerana dalam dunia benar semua benda dan perkara tidak diaturkan dalam satu sistem yang teratur, seimbang dan berpadu. Jadi tradisi ini tidak menuntut bahawa bagi dua perkara untuk wujud bersama mereka tidak boleh mempunyai unsur-unsur bertentangan. Misalnya dalam aspek agama terdapat pelbagai kepercayaan, amalan dan falsafah yang dianggap sebagai unsur realiti agama. Dalam perkembangan tradisi agama didapati dewa-dewi yang terpenting pada Zaman Veda Awal dengan beribu- ribu mazmur suci dicipta dan pelbagai upacara pengorbanan diadakan. Lama- kelamaan dewa-dewi ini hilang kepentingan dan akhirnya lenyap dari sistem agama orang Indo Arya. Dewa-dewi baru dan pelbagai sistem agama yang berbeza dan kadang-kadang bertentangan muncul, semuanya menegakkan legitimasi dengan menyatakan bahawa mereka didasarkan pada Veda-Veda. Tradisi India menerima semua ini dengan kepercayaan bahawa mereka ialah unsur-unsur benar Hinduisme. Sama ada ia politeisme atau monoteisme mahupun Vaisnavisme atau Saivisme semuanya adalah sama bagi seorang Hindu kerana mereka ialah perwakilan simbolik realiti agama yang sama.

Dewa-dewi politeistik dianggap sebagai penjaga nilai-nilai manusia seperti kesihatan, kekayaan, panjang umur, kemasyhuran dan kejayaan dan mereka boleh merayu kepada dewa-dewi supaya mengurniakan nilai-nilai ini. Konsep bahawa dewa-dewi menjaga sesuatu yang dikehendaki oleh manusia merupakan cara menegakkan nilai-nilai manusia dan memberi sifat-sifat kerohanian kepadanya. Bagi mereka yang mempunyai orientasi psikologi dan kemahiran kerohanian yang tidak sesuai bagi pencanan kehidupan kekal abadi atau integrasi kosmik boleh meneruskan usaha mencari ketuhanan dalam kehidupan seharian. Jadi politeisme memainkan peranan mengikut rangka keperluannya. Pengikut tradisi Hindu tidak melihat apa jua kontradiksi sebab mereka melihat kesahan berhubung dengan tujuan.

Selain daripada struktur pluralistik tradisi agama Hindu, India juga menyaksikan kedatangan dua agama utama iaitu Islam dan Kristian dengan tradisi, kepercayaan dan amalan masing-masing. Kedua-dua ini wujud bersama dengan kepercayaan dan amalan Hindu dan orang-orang India menerima semua ini dengan semangat dan minda yang membenarkan perbezaan dan kontradiksi. Di samping itu kita dapat lihat orang-orang India yang memeluk kedua-dua agama ini kekal dengan pandangan, unsur dan amalan Hindu. Misalnya prasangka-prasangka kasta, ketidakbenaran perkahwinan semula balu, penyembahan patung dan amalan upacara diteruskan. Kontradiksi dengan ajaran Islam adalah ketara sebab terdapat orang India Muslim yang menyembah orang soleh dan tempat pengkebumian (seperti Shaikh Chisti dan Bairom Nath) yang bertentangan dengan monoteisme Islam. Amalan penyembahan patung- patung seperti yang terlihat pada orang Chaurishara di Uttar Pradesh yang menyembah Kalka Sahja Mai; Meo dari Punjab menyembahkan dewa-dewa seperti Siansi, Magti dan Lachi; Turk Nawa dari Bengal menyembah Lakshmi; orang Muslim Bengal menyembah Sitata, Kali dan Dharmaraj; orang Shin menyembah lembu dan orang Momin dari Kutch menyembah triniti Hindu. Tetapi masyarakat Muslim termasuk pemerintah dan ulama menerima amalan- amalan ini dan tidak menyuarakan bantahan terhadapnya.

Dalam sistem pemikiran falsafah Hindu terdapat enam aliran iaitu Sankhya, Yoga, Nyaya, Vaisesika, Mimamsa dan Vedanta. Sankhya membincangkan 25 tattva atau prinsip yang menyumbang kepada penciptaan manakala Yoga menekankan kawalan badan dan pancaindera sebagai cara mencapai pengetahuan benar tentang Realiti Agung. Nyaya berdasarkan kepada logik jadi penekanan terhadap pemikiran yang jelas dan logik adalah cara mencapai kegembiraan teragung. Vaisesika menyatakan tentang penciptaan duniawi dari atom dan pelepasan dari kehidupan duniawi bergantung kepada kebolehan mengidentifikasikan elemen-elemen atomik duniawi. Kuasa dan undang-undang dalam kitab Veda dibincangkan oleh Mimamsa manakala Vedanta mencadangkan kewujudan Roh Mutlak dalam semua benda, dan tujuan kehidupan ialah mencapai penyatuan roh individu dengan roh duniawi. Tentang hubungan roh individu dan Tuhan terdapat sekurang-kurangnya tujuh interpretasi seperti dvaita (dualisme), advaita (tanpa dualisme), suddhadvaira (tanpa dualisme secara mutlak), visistadvaita (tanpa dualisme dengan syarat) dan sebagainya.

Kesemua aliran falsafah ini wujud pada masa yang sama dan mewakili pandangan berbeza dan menerangkan kewujudan realiti dari sudut pandangan tertentu. Pandangan berbeza tidak sehingga menyingkirkan sesuatu pandangan lain untuk memahami kebenaran. Pandangan berbeza sebenarnya digalakkan oleh keinginan untuk menerangkan mengenai kebenaran dari sesuatu sudut pandangan. Bahawa terdapat pandangan yang berbeza atau bertentangan antara satu sama lain yang terus wujud dan berkembang menunjukkan kebolehan dan kesudian orang India menerima pandangan yang bertentangan mengenai sesuatu perkara, biar dalam aspek sosial mahupun dalam aspek agama atau falsafah.

Pemikiran falsafah Hindu wujud dalam suasana budaya yang sama dengan Buddhisme danJainisme yang menekankan falsafah heterodoks dan ateistik. Kedua-dua agama ini bukan sahaja mengelakkan perbincangan tentang Tuhan tetapi juga menafikan realiti dunia fenomena. Doktrin maya atau illusi tentang duniawi didokumentasikan dalam aliran Yogacara dan Madhyamika mazhab Buddhisme Mahayana dan juga dalam mazhab Buddhisme Hinayana yang awal. Tambahan pula Buddha sendiri telah menolak Hinduisme, kasta dan kedudukan orang Brahmin tetapi orang India sudi menerima agama Buddha dan rarnai yang telah memeluknya. Semangat dan minda orang India tidak mengasingkan perbezaan dan kontradiksi kerana mereka percaya bahawa sesuatu pandangan itu mungkin benar di sesuatu peringkat dan mungkin betui tentang sesuatu aspek realiti.

Penerimaan unsur-unsur perbezaan dalam aspek agama membawa kesan positif bagi masyarakat India yang tidak mengalami sebarang pergolakan agama dalam sejarahnya. Tetapi sifat penerimaan yang terlihat dalam kehidupan sosial membawa kesan negatif terhadap seseorang individu dan sesuatu kumpulan yang menjadi mangsa diskrimmasi dan penghinaan. Terdapat sebilangan manusia yang dianggap sebagai orang yang tidak boleh disentuh dan didekati, diasingkan dan dikehendaki tinggal dikawasan terpencil, didiskriminasikan dan dieksploitasi. Masyarakat India tidak mempedulikan ketidakseimbangan dan ketidakadilan yang berlaku di hadapan mereka walaupun tradisi bhakti menekankan persamaan manusia di sisi Tuhan. Ada yang cuba menggunakan konsep karma yang menyatakan bahawa kelahiran seseorang ditentukan oleh perbuatannya dalam kehidupan lalu iaitu sebelum kehidupan mi. Ini merupakan usaha golongan yang menikmati kehidupan yang baik menjustifikasikan kedudukan mereka. Kaum wanita juga tidak dikecualikan daripada penghinaan, diskriminasi dan layanan yang berbeza. Perkahwinan awal, amalan hipergami, pemberian dowri dan larangan terhadap perkahwinan semula balu menyebabkan kemunculan balu- balu muda. Prasangka dan diskriminasi terhadap balu begitu negatif sehingga mereka sanggup melakukan sati (membakar diri) bersama mayat suami mereka daripada hidup sebagai seorang balu. Memang tidak berlaku pergolakan sosial dalam masyarakat kerana perasaan batin ahli-ahli keluarga dan masyarakat tidak dibangkitkan dan mereka menerima adat-adat ini sebagai desachara (adat sesuatu kawasan).

Dalam aspek politik terdapat konsep rajadharma atau tugas-tugas yang diwajibkan bagi seorang pemerintah atau kerajaan. Bahawa terdapat tugas dan tanggungjawab pemerintah bererti golongan yang diperintah mempunyai hak-hak tertentu untuk menuntut perhatian kerajaan. Rakyat yang setia dan membayar cukai mempunyai hak untuk menggantikan pemerintah atau kerajaan yang kejam atau tidak cekap. Jadi tekanan terhadap obligasi atau tanggungjawab antara satu sama lain penting dalam hubungan antara kerajaan dan rakyat. Kita dapat melihat dalam sejarah India, bukan sahaja pemerintahan (seperti Chandragupta Maurya, Asoka Harsha, Alauddin Hussein Shah, Sultan Zainal Abidin dan Akbar) yang selaras dengan konsep rajadharma tetapi terdapat juga pemerintah-pemerintah yang bersifat autokrat, mengganggu hak dan kebebasan rakyat, menyalahgunakan kuasa dan tidak berperikemanusiaan.

Pada zaman pemerintahan Aurangzeb, Islam dijadikan agama rasmi negara. Pegawai-pegawai beragama Hindu disingkirkan dari perkhidmatan kerajaan, cukai jizayah ke atas bukan Muslim dikuatkuasakan, baginda tidak ingin menaungi sent dan agama rakyat bukan Muslim, dan kuil-kuil Hindu dimusnahkan. Rakyat India menerima pelanggaran norma oleh pemerintah dengan falsafah bahawa penyelewengan adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan.

Jadi sifat penerimaan yang menjadi asas pandangan semesta India mempengaruhi pemikiran orang India sehinggalah mereka menerima idea, pandangan, amalan dan kehidupan yang berbeza dan kadang-kadang bertentangan.

Sifat Toleransi

Pandangan semesta organik ini mengalami perubahan selepas kedatangan kuasa British ke India. Dasar memperkenalkan pendidikan Inggeris dan usaha-usaha yang dijalankan oleh mubaligh Kristian telah mempengaruhi pemikiran dan perasaan orang India. Mereka mulai menyedari beberapa kelemahan dalam masyarakat terutama dalam aspek sosial dan agama lalu mengambil tindakan untuk memperbaharui masyarakat. Mereka melihat masyarakat secara kritis dan dari sudut pandangan rasional dan apa-apa saja yang difikir tidak selaras dengan unsur rasional dan saintifik ditentang. Masyarakat India beransur-ansur menerima pandangan semesta atomistik yang mementingkan persamaan, persetujuan dan keharmonian.

Mengikut pandangan semesta ini bagi dua benda untuk wujud bersama mereka tidak boleh mempunyai unsur-unsur berkontradiksi. Ketidaksamaan dan perbezaan akan menyebabkan mereka percaya India akan menyaksikan perubahan-perubahan sosial dan agama, usaha untuk menentang pihak British, perjuangan untuk menuntut kemerdekaan, rusuhan antara orang Hindu dengan Muslim, tuntutan untuk negara berasingan bagi orang Muslim, tuntutan oleh kasta-kasta bawahan untuk memperbaiki kehidupan dan kedudukan mereka, usaha-usaha perubahan terhadap kedudukan kaum wanita dan lain-lain lagi. Ini bermakna, ciri-ciri masyarakat yang wujud sejak zaman purba dan zaman pertengahan, dan yang telah diterima, sekarang dipersoalkan dan ditentang.

Tamadun India mempunyai atau memiliki mekanisme yang dapat menguruskan pemikiran dan tindakan rakyatnya, supaya dapat mengharmoniskan tendensi berkonflik yang muncul dalam masyarakat bersifat majmuk, dan juga hubungan antara individu terpaksa menghadapi pandangan semesta yang bertentangan. Konsep atau prinsip perpaduan dalam kepelbagaian mula diancam dan India menghadapi pelbagai tuntutan, termasuk tuntutan untuk memisahkan negara.

Kedatangan British dan tindakan memperkenalkan pendidikan Inggeris di India telah menyebarkan idea-idea seperti kebebasan, persamaan, kesetiaan, keadilan, rasionaliti, kebenaran dan kesedaran batin. Peranan mubaligh- mubaligh Kristian juga menunjukkan kepentingan nilai-nilai ini. Oleh yang demikian sikap, perspektif, kepercayaan dan pemikiran orang India melalui perubahan utama dan mempengaruhi pandangan semesta yang dipegang selama itu. Pandangan semesta baru mula muncul dalam minda orang India.

Mengikut pandangan semesta ini semua benda mempunyai unsur-unsur semulajadi yang unik dan berbeza. la menekankan bahawa terdapat perbezaan mutlak antara benda-benda yang boleh wujud secara berasingan atau mengadakan hubungan dengan benda-benda lain. Ada kemungkinan benda-benda ini boleh wujud bersama sekiranya tidak ada konflik atau pertentangan antara mereka. Jadi perpaduan dilihat dalam bentuk sistem yang seimbang, tetap dan tekun. iaitu benda-benda yang menjadi sebahagian susunan atau sebahagian dari perpaduan tidak boleh menunjukkan konflik dan kontradiksi antara mereka. Benda-benda yang menunjukkan konflik dan pertentangan tidak boleh wujud bersama.

Dipengaruhi oleh pandangan semesta baru ini masyarakat India mula melihat perbezaan agama, kasta, kawasan dan jantina sebagai unsur-unsur tidak sesuai dan tidak selari dengan idea-idea keadilan dan persamaan. Mereka melihat masyarakat India secara kritis dan melihat ketidaktetapan, kontradiksi dan konflik dalam semua aspek masyarakat sebagai sesuatu yang harus dipersoalkan dan diubahkan. Misalnya, perbezaan kasta dan ketidaksamaan menjadi sasaran pembaharu-pembaharu sosial dari Raja Ram Mohan Roy sehingga ke Gandhi, Ambedkar dan Naicker. Adat-adat sosial yang melibatkan kaum wanita seperti kahwin awal, perkahwman semula balu, pendidikan wanita, pembunuhan bayi perempuan dan upacara sati menyentuh kesedaran batin perubahan-perubahan di India seperti Ram Mohan Roy, Ishwar Chandra Vidyanagar dan B. M. Malabari. Swami Vivekananda mengingatkan orang India bahawa penerimaan secara buta adat-adat menyebabkan kemerosotan sosial dan budaya dalam masyarakat India. Di kalangan orang Muslim terdapat Syed Ahmad Khan, Syed Ameer Alt dan Bahruddin Tyabji yang memulakan pembaharuan sosial dan budaya supaya mereka menjadi lebih progresif.

Perkembangan sifat menghormati diri dan berkeyakinan diri menggalakkan orang India supaya memperjuangkan kemerdekaan daripada cengkaman kuasa imperialis. Ini menunjukkan bahawa orang India tidak lagi dapat menerima penjajahan negara mereka oleh kuasa imperialis asing. Dalam kehidupan sosial dan budaya, segala kontradiksi, konflik, perbezaan dan ketidaksesuaian tidak lagi diterima tetapi hanya ditoleransikan. Sifat toleransi menjadi intipati pandangan semesta orang India, biar orang Hindu mahupun orang Muslim. Dalam hubungan antara kaum masyarakat India menyaksikan perselisihan faham antara Hindu dengan Muslim. Perbezaan dan konflik meluaskan jurang hubungan antara kedua-dua kumpulan ini sehingga tuntutan dibuat untuk mewujudkan negara Pakistan. Kasta-kasta rendah yang telah menerima kedudukan mereka sehingga kurun ke-19 mula menuntut hak dan kedudukan mereka yang sah dalam masyarakat. Kaum wanita juga berjuang untuk kebebasan dan persamaan. Sebahagian besar dari kaum wanita dan kasta rendah yang tidak dapat menentang kedudukan mereka kerana tidak ada kuasa untuk melancarkan perjuangan hanya mentoleransikan kedudukan mereka.

Kumpulan-kumpulan bahasa yang tinggal di merata-rata tempat di India juga menuntut kerajaan India mewujudkan negeri-negeri berdasarkan bahasa selepas kemerdekaan. Kesan daripada permintaan ini pembentukkan negeri- negeri seperti Andhra Pradesh (bahasa Telegu), Tamil Nadu (bahasa Tamil), Orissa (bahasa Oriya), Karnataka (bahasa Kannada), Gujarat (bahasa Gujerati), Punjab (bahasa Punjabi), Bihar (bahasa Bihari), Kerala (bahasa Malayalam) dan lain-lain berlaku mulai tahun-tahun 1950-an.

Pandangan semesta baru yang menekankan perbezaan dan hak-hak individu member! galakan bagi sikap kritis terhadap realiti sosial. la berkait rapat dengan tujuan sesuatu benda, dan sesuatu benda dianggap baik atau buruk. Baik sekiranya ia memenuhi tujuan seseorang individu atau individu-individu, atau buruk sekiranya ia menghalang tujuan. Jadi keperluan menyingkirkan kejahatan yang wujud dalam bentuk kontradiksi, konflik dan perbezaan tidak dapat dielakkan. Masyarakat India kontemporari menghadapi banyak masalah berkaitan dengan kasta, kaum, dan agama kerana pandangan semesta atomistik ini yang menekankan peri pentingnya sifat keindividuan dan toleransi, bukan sifat berkumpulan dan penerimaan.

Relevansi kepada Malaysia

Malaysia dan India mempunyai banyak persamaan bukan sahaja dalam unsur kepelbagaian kaum, budaya dan agama tetapi juga dalam pandangan semesta. Sehingga akhir 1960-an, masyarakat Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina dan India memegang pandangan semesta organik, dan menerima segala unsur masyarakat sama ada yang serupa atau berbeza. Dari segi demografi, kaum-kaum ini mendiami kawasan-kawasan yang berbeza sama ada menetap di perkampungan, perladangan (estet) dan bandar, dan kaum-kaum ini kurang berinteraksi. Mereka yang menetap di bandar menyaksikan pertemuan dan pertembungan pelbagai budaya dan tradisi. Perbezaan diterima sebagai suatu realiti sosial. Kebolehan pandangan ini untuk menerima elemen-elemen berbeza dan berkonflik dalam satu sistem memberi satu wawasan luas dan kuasa untuk berasimilasi dan bertoleransi. Terdapat perpaduan antara kaum etnik dan interaksi antara kaum berlangsung dengan penuh tanggungjawab (komitmen), persaudaraan, hormat-menghormati dan persefahaman.

Tahun-tahun pasca 1970 di Malaysia, menyaksikan kemunculan pandangan semesta atomistik iaitu perbezaan dikenali dan diakui dan masyarakat dipandang dari perspektif kritis. Unsur-unsur kontradiksi antara komuniti diberi perhatian, dengan budaya, bahasa, agama dan kedudukan sosioekonomi menjadi isu-isu dalam perubahan.

Pemikiran rasional, salah satu aspek pandangan semesta atomistik, memerlukan kerajaan sebagai pelindung (penaung) kepada rakyatnya memahami keadaan dan kedudukan sosial dan ekonomi yang berbeza dan mengambil tindakan mengatasi perbezaan ini. Ketidakseimbangan dari segi sosio-ekonomi telah menyebabkan kerajaan memperkenalkan dasar-dasar untuk membaiki dan meningkatkan kedudukan kaum Melayu, sebagai kaum teras di negara ini. Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan dengan matlamat untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat tanpa mengira kaum dalam kedudukan sosio-ekonomi. DEB (1970-1990) diterima oleh kaum-kaum bukan Melayu kerana walaupun tumpuan utama diberikan kepada kaum Melayu dan bumiputera lain tetapi, kaum-kaum lain turut dilibatkan tanpa pengecualian. Ini kerana program membantu kaum Melayu dianggap sementara iaitu sehingga mereka mencapai kedudukan sosioekonomi yang lebih kurang sama dengan kaum-kaum lain di negara ini.

Tindakan melanjutkan dasar-dasar yang menyebelahl sesuatu kaum atau memberikan keutamaan kepada sesuatu kaum menyebabkan kemunculan kontradiksi baru. Wujud keadaan kaum Melayu akan menjadi sangat bergantung kepada kerajaan sehingga tidak boleh mencapai mobiliti sosioekonomi dengan usaha sendiri dan tidak mampu untuk bersaing secara terbuka dengan orang bukan Melayu. Tambahan pula kaum bukan Melayu mulai mencurigai keinginan kerajaan untuk menamatkan dasar-dasar ini. Terdapat sebilangan besar individu dalam kaum Melayu yang telah mencapai taraf sosioekonomi yang tinggi tetapi masih menikmati kemudahan-kemudahan yang diberi melalui dasar-dasar ini. Kontradiksi seperti ini akan mewujudkan ketidaktentuan psikik di kalangan kaum- kaum lain yang tidak bersesuaian bagi hubungan antara kaum dan integrasi nasional.

Dalam analisis terhadap tamadun India terdapat kemunculan tiga prinsip asas yang penting bagi masyarakat pelbagai kaum dan budaya. Pandangan semesta organik membenarkan penerimaan penuh kepelbagaian, perbezaan dan kontradiksi tetapi pandangan semesta atomistik mengajar orang-orang India mentoleransikan kepelbagaian dan perbezaan dan menolak kontradiksi. Jadi di India moden terdapat penerimaan toleransi dan penoiaksn penerimaan. Di Malaysia juga terdapat penerimaan kepelbagaian dan perbezaan pada sebelum tahun 1970 tetapi ia berubah menjadi toleransi kepelbagaian dan perbezaan dan penolakan kontradiksi secara pilihan pada zaman berikut. Di sini juga kita menyaksikan penolakan 'penerimaan'.

Toleransi biasanya menandakan unsur-unsur negatif iaitu sesuatu atau seseorang tidak diterima atau disambut tetapi bertolak ansur kerana keadaan mendesak yang tidak boleh diubah. Sifat toleransi dalam masyarakat majmuk membawa kesan negatif. Apa yang perlu bagi integrasi nasional dan hubungan antara kaum ialah penerimaan secara penuh segala perbezaan dan kepelbagaian dan penolakan penuh segala kontradiksi tidak kira kaum, agama atau status sosial yang lain. Barulah satu aturan sosial yang stabil akan muncul dengan nilai-nilai individu, kumpulan, masyarakat dan nasional seperti persamaan, kerjasamapersetujuan, pencapaian, perpaduan, integrasi dan kesetiaan.

NILAI-NILAI

Tamadun India menekankan beberapa nilai yang penting untuk membentuk individu, memupuk semangat persaudaraan, menggalakkan sifat bertanggungjawab dan mewujudkan keharmonian dalam masyarakat. Antara nilai dan kepercayaan yang menyumbangkan kepada unsur-unsur tersebut ialah Dharma, kepercayaan kepada Tuhan, Karma, Ahimsa, Satya, dan Perpaduan.

Dharma

Tradisi Hindu memperkenalkan konsep dharma untuk menandakan sifat benar individu dan masyarakat iaitu dharma berfungsi sebagai konsep semula jadi atau deskriptif (sebagaimana sesuatu itu wujud atau berlaku). Jadi dharma masyarakat memerlukan idea tentang fungsi dan peraturan bagi menentukan apa yang harus dilakukan oleh siapa. Dharma individu memerlukan apa yang harus dilakukan oleh seseorang mengikut kelahiran dan peringkat dalam kehidupan.

Semua fungsi dalam masyarakat adalah penting bagi sesuatu aturan. Amalan mempertingkatkan fungsi adalah percubaan untuk mengedarkan sumber kuasa iaitu yang mempunyai status tertinggi tidak mempunyai kuasa politik atau ekonomi, mereka yang mempunyai kuasa politik tidak menguasai sumber kekayaan dan mereka yang menguasai kekayaan tidak mempunyai kuasa politik atau kedudukan tertinggi. Dalam susunan seperti ini fungsi agama, pengajaran, usaha untuk kesucian moral dan kerohanian diberi nilai tinggi dalam masyarakat, diikuti pula oleh fungsi politik dan ketenteraan, kemudian fungsi ekonomi dan kerja buruh. Aturan seperti ini mengesahkan kewujudan sistem Varna dalam masyarakat.

Dharma khas bagi individu atau svadharma yang ditentukan mengikut kedudukan (varna) dan peringkat dalam kehidupan (asrama) harus dilakukan walaupun ia tidak sempurna. Misalnya, seseorang Brahmin yang berada dalam peringkat brahmacarya diwajibkan menumpukan perhatian kepada pelajaran dan seorang Kshatriya dalam peringkat kedua atau grhastya dikehendaki menceburkan diri dalam pemerintahan atau ketenteraan.

Visesa dharma merujuk kepada dharma yang dikaitkan dengan sesuatu kumpulan seperti vamadharma (bagi vama),jatidharma (bagi jan), rajadharma (bagi raja-raja) dan stridharma (bagi isteri). Misalnya, rajadharma meliputi tugas dan tanggungjawab yang diwajibkan bagi seorang pemerintah. Kuasa yang dipegang oleh seorang raja dikaitkan dengan kedudukannya dalam masyarakat bukan sebagai seorang individu berasingan atau sebagai wakil rakyat tetapi tugasnya adalah melindungi undang-undang sosial. Rakyat mempunyai kuasa untuk menggantikan raja yang menyeleweng dalam tugasnya iaitu mengambil cukai tetapi tidak melindungi mereka. Tugas utama raja ialah memerintah demi kebahagiaan rakyat dan rajadharma memerlukan seorang pemerintah menganggap kebahagiaan rakyat sebagai kebahagiaannya dan kebajikan rakyat sebagai tugas utamanya.

Sadharna dharma menekankan sifat-sifat am seperti kebenaran, kesabaran, memaafkan, kawalan minda, tidak mencuri, kebersihan, tidak melakukan kekejaman, kawalan deria, pengetahuan, ikhlas dan tidak marah, yang perlu ada bagi semua manusia.

Maka itu, dharma yang dikaitkan dengan tugas. tanggungia^-ab dan aturan member! makna kepada kehidupan manusia iaitu member! individu identiti dan makna kepada peranannya dalam kehidupan keseluruhan. Manusia tidak mempunyai pilihan bahkan tugas-tugas spesitik dan jaminan bahawa perlakuannya memberi kesan kosrruk dan akhirnya akan membantu dalam usaha untuk melepaskan diri daripada kehidupan duniawi.

Kepercayaan kepada Tuhan

Kepercayaan kepada satu entiti yang melampaui batasan pemikiran dan kesedaran manusia merupakan asas sistem pemikiran agama orang-orang Hindu. Dalam tamadun India kita dapat lihat setakat manakah konsep ketuhanan itu penting dengan merujuk kepada tradisi falsafah mereka sejak Zaman Vedik.

Dalam karya-karya Upanishad konsep ketuhanan telah dipelopori secara mendalam dan dikenali sebagai Brahman. Brahman mempunyai dua aspek iaitu saguna (mempunyai sifat) dan nirguna (tanpa aspek). Dalam aspek saguna, Brahman adalah ketua bagi semua, mengetahui segala-galanya dan pemerintah bagi pemikiran dalaman. Dialah yang menyebabkan semua, daripadanya segala- galanya berhasil dan kepadanya sahaja segala-galanya bersatu. Brahman adalah pemerintah alam semesta, Dialah yang mencipta, memelihara dan akhirnya memusnahkannya. Dialah yang mengarahkan takdir bagi semua makhluk dan yang tinggal di dalamnya. Dia menganugerahkan kebahagiaan berdasarkan pahala dan memimpin mereka ke arah kesejahteraan dan kebebasan, sebaliknya menghukum merekayangjahat. Dia digelar sebagai Isvara dan badannya adalah jumlah campuran badan di alam semesta.

Dalam aspek nirguna Dia tiada sifat-sifatnya. Kewujudannya mutlak, pengetahuannya mutlak dan kebahagiaannya mutlak tetapi kesemua mi tidak merupakan sifat-sifatnya. Dialah yang menerangkan kesemua dan nirguna Brahman hanya dapat diterangkan dalam bentuk penyangkalan seperti tidak panjang dan tidak pendek, tidak terbayang atau gelap, tiada rasa atau berbau dan sebagainya.

Dalam konteks menerangkan Brahman pemikir-pemikir Vedik telah membincangkan roh individu sitau. Atman. Atman digambarkan sebagai entiti yang bersemadi dalam badan manusia tetapi pada dasarnya adalah sama dengan Brahman. Roh individu digunakan untuk menerangkan Brahman yang juga dikenali sebagai Paratman (roh duniawi). Atman yang sebenarnya berasal dari Brahman menjadi berbeza kerana diselubungi oleh badan dan sehingga sifat keindividuan itu keksA Atman tidak dapat melepaskan diri dari duniawi dan bersatu dengan Brahman. Atman haruslah menyingkirkan segala karma atau hasil perbuatan untuk mencapal Brahman. Upanishad-upanishad telah menggunakan beberapa tamsil dan ibarat seperti garam yang dicampurkan dengan air setiap titik air itu bergaram, bunga api dan apt, besi dan gunting, tanah liat dan periuk belanga, emas dan rantai dan lain-lain untuk menerangkan sifat-sifat persamaan antara Brahman dan Atman.

Pemikiran agama dan falsafah yang muncul kemudiannya masih berasaskan kepada ajaran Upanishad. Dalam usaha untuk menerangkan hubungan Atman dan Brahman pendapat mereka berbeza iaitu ada aliran pemikiran yang menekankan sifat perbezaan antara roh individu dan roh duniawi, ada yang membincangkan hubungan bersyarat, ada yang menekankan bahawa tidak ada keduaan dan lain-lain tetapi semua aliran-aliran ini menerima konsep ketuhanan.

Pemikiran falsafah India menyarankan setiap orang menyedari warisan kedewaan mereka dan menerusi ini, mereka akan menyedari tentang tiadanya pembatasan dari segi geografi, bangsa dan agama. Ini menjadi faktor utama untuk menyatupadukan umat manusia di dunia ini. la memecahkan segala bentuk perbezaan yang membelenggui kita dan meningkatkan umat manusia kepada status yang sebenar sebagai anak-anak kekal abadi. la merupakan penjelasan kepada persoalan mengapa kita hams buat baik kepada orang lain? Kita harus berbuat baik kepada orang lain kerana kita kesemuanya ini adalah satu dan dengan menolong orang lain bermakna kita menolong diri kita sendiri. Sebaliknya, dengan menyakiti orang lain kita tidak mencederakan sesiapa tetapi sebenarnya mencederakan diri kita sendiri.

Karma

Prinsip karma yang merujuk kepada jumlah perbuatan, ucapan, pemikiran dan tindakan seseorang dalam kehidupan ini akan menentukan kedudukannya dalam kelahiran semula. Perbuatan yang baik membantu seseorang individu mengumpulkan punya karma dan perbuatan sebaliknya menyebabkan pengumpul&npava karma. Kepercayaan bahawa seseorang yang mempunyai banyak pava karma akan lahir semula dalam keadaan di mana beliau terpaksa menghadapi penderitaan meyakinkannya supaya tidak membuat sesuatu yang tidak baik. Jadi ini menggalakkan setiap manusia berbuat baik kepada semua makhluk di dunia ini supaya menentukan bahawa dalam kelahiran semula kehidupannya adalah selesa. Membantu orang lain, menderma kepada golongan miskin, mengeluarkan kata-kata yang tidak melukakan hati orang lain, memikirkan tentang perkara-perkarayang baik dan sentiasa berbakti kepada Tuhan ialah unsur-unsur cara hidup yang disyorkan bagi seseorang yang menuju kepunya karma.

Agama-agama Budhisme dan Jainisme yang dianggap heterodoks kerana tidak menerima Veda sebagai autoriti dan tidak mementingkan konsep ketuhanan dalam ajaran-ajaran mereka telah menerima prinsip karma dengan makna yang sama. Prinsip ini menjadi asas pengajaran kepada kedua-dua agama ini, misalnya Buddha yang melihat sifat keinginan sebagai sumber penderitaan manusia mencadangkan lapan cara yang mulia seperti perbuatan yang baik, pengetahuan yang baik, pemikiran yang baik, renungan yang baik, ucapan yang baik dan sebagainya dan semua ini merangkumi prinsip karma.

Ajaran Bhagavadgita menekankan nishkama karma atau membuat kerja tanpa menginginkan hasil dari kerja itu. Mengesyorkan karma yoga sebagai salah satu cara untuk mencapai pelepasan dari kehidupan duniawi, seorang penganut haruslah menjalankan kerja dengan sempurna sebagai instrumen Tuhan tanpa mengharapkanapajuapunbalasan. Agama Sikhisme yang merupakan agama yang menggabungkan unsur-unsur Hinduisme dan Islam juga menerima prinsip karma dalam ajarannya.

Jadi karma adalah prinsip asas bagi semua aliran pemikiran falsafah dan agama di India biar yang berpandangan ortodoks mahupun yang memilih pandangan hetorodoks.

Ahimsa

Ahimsa yang bermaksud tidak melakukan kekejaman, merupakan satu lagi prinsip asas yang dtekankan oleh ajaran Upanishad, Buddhisme dan Jainisme. Ditegaskan oleh pemikiran falsafah India bahawa orang yang mencari kebenaran mesti mempunyai kuasa untuk mengawal emosi-emosi dan keinginan, beransur- ansur melepaskan diri dari ikatan kepada badan. Tindakan melakukan kekejaman bukan sahaja melibatkan manusia tetapi juga makhluk-makhluk lain. Oleh yang demikian, amalan tidak memakan daging menjadi satu unsur penting dalam budaya India sejak zaman purba.

Agama Buddhisme menganggap ahimsa sebagai prinsip terpenting dalam ajarannya. Di dalam semua benda yang bernyawa wujudnya roh dan perbuatan membunuh benda itu bererti mengganggu roh yang bersemadi dalam badan itu. Ini dianggap sebagai perbuatan dosa yang menyebabkan pengumpulan pava karma yang menjauh individu dari mencapai nirvana atau pelepasan.

Bagi Mahatma Gandhi, kuasa ahimsa merupakan instrumen untuk mengubah individu-individu supaya menentang ketidakadilan sosial, berjuang untuk kebebasan politik dan mengekalkan undang-undang dan peraturan. Menggunakan kekejaman untuk mengatasi lawannya hanyalah sekadar mencapai kemenangan pada zahir sahaja. Pada hakikatnya, ianya kalah dalam perlawanan kerana perkembangan rohani terhenti dan pencarian kebenaran menjadi sukar. Sebenarnya, pihak lawan merupakan kuasa-kuasa kekejaman yang wujud dalam diri manusia. Menurut Mahatma Gandhi, beliau mengesyorkan melayan musuh luar dengan kasih sayang dan simpati kerana mereka merupakan mangsa kuasa- kuasa jahat. Seseorang haruslah melawan dan menguasai musuh dalaman seperti hawa nafsu dan emosi-emosi supaya dapat mencapai ketenangan dan jelas untuk memahami kebenaran.

Jadi dalam prinsip ahimsa terdapat unsur-unsur positif seperti kasih sayang, simpati, belas kasihan, murah hati, jasa dan pengorbanan diri. Sifat- sifat ini haruslah diperkukuh supaya mengelakkan diri daripada melakukan kekejaman atau melukakan hati orang lain.

Satya

Undang-undang kehidupan yang kekal abadi, tidak berubah, mentadbir duniawi dan terdapat dalam sifat semulajadi manusia ialah kebenaran atau satya. Dipercayai bahawa wujudnya suatu kuasa di peringkat duniawi dan kewujudannya dirasai oleh manusia, dan dianggap sebagai kuasa kebaikan iaitu satya. Jadi satya bererti pengetahuan benar yang merangkumi kebaikan, keadilan, tindakan yang benar, ucapan dan pemikiran yang benar dan juga realiti mutlak atau Tuhan.

Satya juga digunakan bagi cara dan tujuan kerana kedua-dua ini dianggap sama. Tuhan merupakan objek pencarian dan seseorang yang mengamalkan ucapan, pemikiran dan tindakan yang benar akan mencapainya. Kesucian merupakan cara yang amat penting dalam mencapai sesuatu tujuan. Ini kerana tujuan merupakan tahap akhir dalam siri tindakan, dan setiap tindakan yang diambil terhadap tujuan adalah merupakan pencapaian separuh tujuan itu. Ini bermakna tujuan dan cara mempunyai sifat semulajadi yang sama.

Doktrin karma yoga iaitu bertindak tanpa mengharapkan hasil daripadanya merupakan salah satu ajaran penting dalam falsafah India dan adalah sama dengan satya. Tindakan yang benar/baik dianggap sebagai pencapaian separuh kebenaran (yang merupakan tujuan dasar manusia), tidak memerlukan kita bimbang terhadap hasil tindakan. la bersabit dengan seseorang yang mempunyai tujuan yang mulia dan cara bertindak yang dianggap benar.

Dalam perjuangan untuk mencapai kemerdekaan, Mahatma Gandhi telah menggunakan satya sebagai senjata sosial dan politik. Di samping mengumumkan tindakan untuk tidak bekerjasama dengan pihak British beliau juga sanggup mengorbankan diri demi mencapai tujuan perjuangan. Beliau menyeksa dirinya dengan mengamalkan tindakan berpuasa sehingga man dengan harapan penderitaannya akan menyentuh perasaan dalaman pihak pemerintah dan juga pihak yang saling bermusuhan iaitu Hindu dan Muslim. Kesemuanya ini dilakukan demi untuk mengekalkan prinsip satya.

Perpaduan

Negara India mengandungi masyarakat daripada pelbagai kaum dan agama, dan adalah penting kepada kerajaan untuk menggalakkan hubungan erat dan keharmonian masyarakat. Sejarah India menggambarkan pemerintah-pemerintah mengeratkan hubungan antara Hindu dan MusSim dan pemerintah-pemerintah yang melakukan sebaliknya.

Kerajaan-kerajaan Muslim di India, pada zaman pemerintahan Turko- Afghan yang mendirikan kesultanan Delhi mahupun pada pemerintahan Mughal, pegawai-pegawai yang dilantik adalah berdasarkan kebolehan dan bukan berdasarkan agama saereka. Pelantikan seperti ini membantu pentadbir mewujudkan hdbungan erat dengan masyarakat Hindu. Alauddin Hussain Shah (1493-1513) menjadi terkenal di kawasan Bengal bukan sahaja kerana melantik orang Hindu dalam kerajaan tetapi juga kerana naungannya terhadap bahasa dan kesusasteraan Hindu. Atas arahan baginda, kitab Bhagavadgita dan Mahabharata diterjemahkan dari bahasa Sanskrit ke bahasa Bengali. Pemerintah Kashmir, Sultan Zainal Abidin dihormati kerana tidak mempunyai prasangka agama dan tidak bersikap diskriminasi antara masyarakat Hindu dan Muslim. Buku-buku Sanskrit diterjemahkan ke dalam bahasa Persia supava orang Muslim dapat membaca, memahami agama Hindu dan budaya Hindu purba. Sultan merupakan penaung kepada keseniaan dan kesusasteraan Hindu.

Pemerintahan Akbar memberikan gambaran dan teladan mengenai apa yang hams dilakukan oleh sesuatu kerajaan untuk memupuk semangat perpaduan di kalangan rakyat. Baginda sedar kepentingan kerajaan sebagai asas kehidupan berkolektif dan bukannya kepentingan agama. Maka itu, baginda bertindak mengasingkan diri dari tradisi yang menerima sistem Khalifah Arab sebagai kuasa atau ketua kerajaan Muslim. Akbar menekankan konsep kerajaan sekular dan tanpa unsur perkauman. Sebaik sahaja Akbar menerajui takhta kerajaan baginda membatalkan cukaijizayah yang dikenakan ke atas rakyat bukan beragama Islam. Antara tindakan-tindakan lain yang menunjukkan kejujurannya menyatupadukan rakyatnya dan mengakui kebebasan individu ialah mengharamkan institusi perhambaan serta menggalakkan sifat persamaan rakyat disisi undang-undang tidak kira kedudukan kelas, kasta atau agama. Semua perkhidmatan kerajaan, sivil dan ketenteraan, dibuka untuk Hindu dan Muslim. Kahwin campur antara ahli-ahli keluarga diraja Mughal dan putera-puteri Rajput digalakkan sebagai cara mewujudkan semangat persaudaraan antara Hindu dengan Muslim.

Melaluinya juga, sumbangan dan bantuan diberikan kepada masyarakat Hindu, sadhu-sadhu dan pundit-pundit Hindu dan disokong oleh kerajaan seperti ulama-ulama Muslim. Geran-geran kewangan diberikan kepada mandir sebagaimana peruntukan diberi kepada institusi masjid. Tindakan juga diambil terhadap sati, iaitu suatu tradisi si balu [wanita] akan membakar dirinya bersama mayat mendiang suaminya, walaupun ia melibatkan adat Hindu atas alasan ia tindakan tidak berperikemanusiaan.

Akbar sedar kepentingan untuk mewujudkan suatu budaya am dan dalam hal ini, baginda cuba menggalakkan penggunaan satu bahasa am. Bahasa Urdu merupakan bahasa yang digunakan oleh orang-orang Muslim dan bahasa Hindi oleh orang-orang Hindi, tetapi asas kedua-dua bahasa ini ialah bahasa Persia. Maka itu keutamaan diberikan kepada bahasa Persia bukan sahaja sebagai bahasa rasmi tetapi juga sebagai bahasa pertuturan. Arahan diberi oleh kerajaan supaya semua akaun rasmi disimpan dalam bahasa ini dan semua komunikasi haruslah dijalankan melalui bahasa Persia. Buat kali pertamanya di India, kerajaan membina banyak sekolah dengan pelajar-pelajar Muslim dan Hindu diajar melalui bahasa Persia. Tindakan ini boleh disamakan dengan usaha Maharaja Cina Shih Huang Ti dalam kurun sebelum masehi yang memperkenalkan bahasa Mandarin sebagai bahasa am.

Idea satu budaya am menggalakkannya memperkenalkan sukatan pelajaran yang sama bagi semua sekolah sekular. Sukatan pelajaran am mengandungi kesusasteraan Persia, etika, matematik, pertanian, geometri, astrologi, ekonomi, senipolitik, perubatan, logik, fizik, sejarah, ilmu menyimpan akaun dan kerja pejabat. Dasar menekankan sukatan pelajaran sekular adalah untuk mewujudkan suasana yang menggalakkan perpaduan nasional. Dasar pendidikan ini menggalakkan persefahaman budaya sehingga terdapat masyarakat Islam dan Hindu yang mula menulis dan menterjemahkan Atharva Veda dan Ramayana ke dalam bahasa Persia. Misalnya, Mulla Abdu Qadir Badaoni bekerjasama dengan seorang pundit Hindu menterjemahkan kitab Atharva Veda dan Ramayana ke dalam bahasa Persia. Penyair terkenal Faizi menterjemahkan Lilavati, karya klasik matematik, ke dalam bahasa Persia. Dara Shikoh, putera ShahJahan yang berminat dalam bidang falsafah dan mistikisme Hindu bukan sahaja menterjemahkan Upanishad, Bhagavadgita dan Yoga Vashistha ke dalam bahasa Persia, malah beliau menulis Majma-ul-Bahrai (tempat pertemuan dua lawatan) yang merupakan kajian perbandingan falsafah mistik Hindu dan Islam. Terdapat penyair-penyair Hindu seperti Chandran Bhan Brahman yang telah mengubah syair-syair Persia yang bertaraftinggi, sama seperti Abdul Rahim Khan Khanam dan Ras Khan yang mencipta syair-syair Hindi.

Dalam bidang sent bina, Akbar cuba mengintegrasikan unsur-unsur Muslim dan Hindu, dan mewujudkan stall Mughal seperti yang digambarkan dalamJama Masjid di Fatehpur Sikri. Sent lukisan juga mengalami perubahan besar selepas Akbar menubuhkan akademi lukisan dan pelukis-pelukis Muslim dan Hindu diberikan tugas untuk mencipta lukisan yang menggabungkan unsur- unsur Muslim dan Hindu.

Sebagai suatu kesimpulan, Akbar bukan sahaja mempunyai kepimpinan yang cekap tetapi dapat menyatupadukan rakyatnya melalui dasar-dasar yang adil dan saksama. Baginda dapat mengekalkan perpaduan politik, ekonomi, sosial, dan budaya dalam empayarnya yang mengandungi pelbagai tamadun, terutama Islam, Hindu dan Buddha.

Dalam konteks ini, bandingkan dasar-dasar pemerintahan Akbar dengan pemerintahan Aurangzeb, dan kita dapat gambaran yang bertentangan. Aurangzeb bukan sahaja menjadikan Islam sebagai agama rasmi kerajaan, baginda juga mengamalkan sikap tidak bertoleransi terhadap penganut agama-agama lain, lalu menghancurkan struktur harmoni, sosial dan keagamaan yang dibina oleh Akbar. Penekanan yang diberikan kepada agama Islam begitu kuat sehingga nyanyian, tarian, lukisan dan sajak tidak dibenarkan di balai istana. Bagi menguatkuasakan kod etika Islam untuk semua orang Muslim, baginda melantik pegawai-pegawai di setiap bandar untuk mendenda orang-orang Muslim yang tidak mencapaitarafmoraliti yang ditetapkan. Kemudian baginda melancarkan serangan terhadap Hinduisme, mengharamkan pesta-pesta dan perayaan Hindu pada tahun 1668, menggunakan askar-askarnya untuk merobohkan kuil-kuil Hindu dan institusi pendidikan Hindu. Sejak Mohamad Ghazni, inilah kali pertama India menyaksikan begitu besar bilangan kuil-kuil Hindu di India Utara yang dimusnahkan dan digantikan dengan masjid-masjid.

Dalam bidang pentadbiran, pegawai-pegawai beragama Hindu dalam kerajaan termasuk menteri-menteri yang meninggal dunia digantikan dengan pegawai-pegawai Muslim. Baginda cuba mentadbir empayar tanpa melibatkan orang Hindu tetapi akhirnya menyedari bahawa ia tidak mungkin dapat dilakukan lalu terpaksa mengambil balik kerani-kerani yang dibuang daripada perkhidmatan kerajaan. Dengan tujuan mematuhi undang-undang Sunni, baginda bertindak membatalkan semua cukai ke atas orang-orang Muslim dan kemudian memperkenalkan semula cukai jizayah ke atas orang-orang Hindu.

Dasar Aurangzeb menyebabkan wujudnya perasaan tidak puas hati di kalangan masyarakat bukan Muslim dan kesannya, pemberontakan mula tercetus di seluruh empayarnya. Masyarakat Hindu di Mathura menentang pencabulan kuil-kuil Hindu pada tahun 1669; petani-petani Punjab memberontak pada tahun 1672; orang-orang Sikh melawan kerajaan selepas guru kesembilan komuniti mereka, Tegh Bahadur, dipenggal kepalanya kerana tidak ingin memeluk agama Islam. Anak Tegh Bahadur, Guru Gobind Singh bersumpah akan membalas dendam demi bapanya dan agamanya lalu mengubah kaum Sikh menjadi tentera 'singa' yang mendedikasikan diri untuk memusnahkan kuasa Mughal. Orang- orang Rajput yang begitu setia kepada Akbar memberontak pada tahun 1679 dan orang-orang Maratha di bawah Shivaji Maharaj berjuang menentang kuasa Mughal untuk mencapai kemerdekaan kawasan mereka. Kebangkitan penentangan dan pemberontakan terhadap kuasa Mughal di seluruh empayar secara beransur-ansur menyumbang kepada kemerosotan dan kejatuhan kerajaan Islam ini.

Berdasarkan perbandingan kepada kedua-dua pemerintahan, kita dapat lihat keperluan dan kepentingan dasar yang adil bagi sesuatu negara yang mempunyai pelbagai tamadun yang mengandungi pelbagai kaum, budaya, agama dan bahasa. Melalui dasar yang rasional menurut penganut Hindu, Akbar dapat menarik perhatian semua rakyatnya terutama di kalangan bukan Muslim untuk diperakui sebagai pemerintah teragung dan memberikan taat setia kepadanya. Manakala pemerintahan Aurangzeb, dianggap telah mengganggu keharmonian dan perpaduan rakyatnya kerana dasarnya yang dianggap berat sebelah dan tidak adil. Kestabilan politik terancam dan kerajaannya sentiasa terpaksa menghadapi kebangkitan penentangan dan pemberontakan dalam empayar. Maka itu, perbezaan dalam dasar-dasar pemerintahan Akbar dan Aurangzeb menjadi pengajaran (teladan) tentang dasar yang harus diamalkan dalam negara berbilang kaum seperti Malaysia supaya dapat mewujudkan perpaduan dan kestabilan politik.