PENDAHULUAN
Kebangkitan gerakkan Islam diabad ini, memperlihatkan
tanda-tanda yang sihat kearah menegakkan semula masyarakat yang memahami dan
menghayati ajaran islam. Penghayatan ajaran Islam dikalangan umat islam adalah
bertunjang dari kefahaman, kecintaan serta keyakinan yang bertapak dihati dan
jiwa orang-orang yang bergelar muslim. Masyarakat muslim sepatutnya sudah
mencapai kehidupan yang lebih baik dengan berpandukan ciri-ciri tamadun islam
yang terdahulu. Masyarakat muslim harus berbangga dengan usaha orang-orang
muslim yang terdahulu kerana wujudnya sebuah tamadun yang terbaik dikalangan
tamadun-tamadun lain. Tamadun tersebut ialan Tamadun Islam.
Tamadun islam ialah tamadun yang didirikan oleh masyarakat
muslim sejak dari dulu lagi. Ia merupakan sebuah tamadun yang sepadu dengan
menitikberatkan penekanan kemajuan, kerohanian serta kemajuan kebendaan.
Tamadun islamlah yang telah berjaya meletakkan manusia sesuai dengan
martabatnya. Mengeluarkan menusia dari kegelapan jahiliyah kepada Nur Islam.
Terdapat tiga perkara penting dalam mewujudkan sebuah tamadun islam yang unggul
iaitu akidah, syariah dan akhlak. Apa yang akan kita perbicangkan ialah
mengenai tamadun islam yang beasaskan akidah.
APA ITU TAMADUN ISLAM.
Dapat kita lihat hari ini bahawa pengaruh Islam amat besar
dalam dunia masa kini. Apa yang kita perolehi hari ini adalah hasil daripada
tamadun yang telah didirikan oleh masyarakat muslim dari abad ke 7M dan telah
menjadi panduan kita hingga kini. Tamadun islam adalah tamadun yang hebat
berbanding tamadun barat yang lain.. Pelbagai bangsa dalam dunia ini telah
bergabung dibawah naungan islam yang satu kearah membina sebuah tamadun agung
sehingga wujudnya bandar-bandar terkemuka seperti Madina suatu ketika dahulu.
Bandar-bandar ini menjadi pusat-pusat penting perkembangan tamadun dan
kebudayaan islam seterusnya menjadi pusat tumpuan dunia dalam hal-hal keilmuan
dan sebagainya. Bukan itu sahaja bahkan tamadun islam telah memberi sumbangan
yang tidak ternilai dari segi kemanusiaan.
Dalam islam banyak pendapat telah dikemukan oleh
saujana-saujana mengenai maksud tamadun islam. Walaupun banyak pendapat
mengenainya, kesemuanya mempunyai maksud yang lebih kurang sama dan bertepatan
dengan maksud tamadun islam dari kaca mata islam itu sendiri. Apabila kita
merujuk kepada Bahasa Malayu, tamadun diertikan oleh Kamus Dewan Bahasa sebagai
kebudayaan, peradaban dan kemajuan. Peradaban diertikan sebagai kemajuan yang
meliputi kehidupan fizikal dan spritual sesutau bangsa atau masyarakat.
Pengertian tersebut menepati makna tamadun islam dari kaca mata islam. Dapat
disimpulkan di sini bahawa, tamadun islam ialah manifestasi kemajuan dan
pembangunan yang dibina oleh masyarakat ialam berlandaskan ciri-ciri islam.
Penekanan dan pembinaan tamadun islam adalah merangkumi aspek spritual,
material dan intelektual. Ringkasnya islam merupakan tamadun yang bersifat
‘Multi-dimensional’.
APA ITU AQIDAH.
Aqidah ialah iman atau kepercayaan kepada Allah S.W.T yang
diikat oleh dua kalimah syahadah. Ia merupakan asas kepada kewujudan agama islam.
Perkataan aqidah dari segi bahasanya beerti satu ikatan yang mengikat kepada
suatu kepada suatu yang lain. Aqidah merupakan satu ikatan keyakinan yang
mengikat diri seseorang, pemikiran seseorang, hati seseorang dengan satu
kayakinan dan dengan itu kehidupannya menjadi satu kehidupan yang terarah dan
terpimpin. Sebab itulah rukun-rukun keyakinan yang ditentukan oleh islam
dipanggil aqidah kerana ia telah mengikat seseorang muslim itu untuk hidup
berasaskan kepada dasar-dasar keyakinan yang disebut juga sebagai ‘iman’ iaitu
kepercayaan.
Dari segi istilah pula, perkataan ‘iman’ mengandungi
pengertian yang sama dengan perkataan aqidah. Iman dari segi bahasa mengandungi
erdi kesejahteraan dan kejujuran. Ia diambil dari perkataan amanah atau al-aman
yang beerti amanah, jujur dan kesejahteraan. Orang-orang yang beriman beerti
orang yang telah bersikap jujur terhadap dirinya kerana telah meletakkan
dirinya pada tempat yang betul dan tidak mengkhianati dirinya. Dia beriman
kepada Allah dan balasannya dia akan mendapat kesejahteraan.
AQIDAH SEBAGAI DASAR HIDUP MUSLIM
Dasar keimanan adalah asas kepada dasar hidup. Berdasarkan
kepada maksud aqidah tadi, seseorang yang beraqidah Islam harus faham bahawa
dengan menyebut ucapan dua kalimah syahadah telah menyebabkan dirinya terikat
dengan tangunggjawab serta komitmen yang tinggi terhadap allah S.W.T. bukan
sekadar ketaatan yang mutlak kepada Allah sahaja bahkan seseorang yang mengaku
beraqidah islam mesti menjadikan seluruh jiwa raganya serta hidup dan matinya
untuk Allah S.W.T semata-mata.
Islam meletakkan asas aqidah ini di luar alam tabi’i. Asas
yang pertama iaitu Kepercayaan Kepada Allah akan dapat membentuk satu sikap
hidup yang tinggi. Seseorang yang menghayati akan merasai dirinya bebas dan
merdeka dari ikatan mana-mana makhluk di alam semesta ini. Sebaliknya, orang
yang tidak beriman dengan Allah mempunyai satu pandangan dan nilai hidup yang
akan diukur dari segi kepentingan dan hubungan dengan duniawi.
Sebagai contoh, orang-orang yang terikat dengan dunia tidak
akan mempunyai keberanian untuk berperang dan sangat takut kepada mati kerana
melihat hubungan hanya dengan dunia ini sahaja. Keluasan Akhirat adalah suatu
perkara yang tidak lagi menimbulkan persoalan dikalangan orang-orang yang
beriman kerana mereka meyakini bahawa Akhirat itu adalah satu alam yang luas.
Orang yang tidak beriman meletakkan dirinya di dalam hubungan dengan dunia
sementara orang yang beriman dengan allah akan memandang kehidupannya di dalam
perhubungan antara dia dengan Allah yang memeliki alam semesta ini. Sebab itu
dia tidak ragu-ragu untuk berjuang dan mati apabila dipanggil.
Kita diajar bagaimana caranya untuk mati kerana di dalam
kita mengenali kematianlah, kita akan hidup. Seseorang yang lemah tidak akan
merasa terhina dengan kelemahan, yang miskin tidak akan merasa terhina dengan
kemiskinannya, yang bodoh tidak akan merasa terhina dengan kebodohannya kerana
hidup bukan dinilai dari apa yang diperolehi dari benda itu tetapi dari apa
yang akan diperolehi dari Allah. Demikian juga yang senang tidak akan berbangga
dengan kesenangannya, yang berkuasa tidak akan berbangga dengan kekuasaannya
dan yang berilmu tidak akan berbangga dengan ilmunya kerana dia tahu bahawa
semuanya tidak akan beerti jikalau diletakkan dalam satu tempat yang bertentangan
dengan Allah.
Dengan itu asas keimanan akan dapat membentuk satu sikap
aqliyah dan ruhaniyyah yang akan dapat membangunkan satu peradaban yang tinggi.
Sebab itulah kita lihat Islam meletakkan rukun-rukun keimanan yang sedemikian
itu: percaya kepada Allah yang Maha Esa, percaya kepada para rasul dan
malaikat, percaya kepada kitab-kitab dan hari kemudian serta qada’ dan qadar
yang merupakan satu gambaran kekuasaan Allah yang tinggi, yang memiliki alam
semesta ini. Menolak salah satu dari enam rukun ini beerti menolak seluruhnya
kerana antara satu dengan yang lain, saling kait berkaitan. Ia mesti diterima
secara menyeluruh kerana keimanan dengan Allah bergantung kepada keimanan
secara menyeluruh, kerana keimanan dengan Allah bergantung kepada keimanan
dengan Rasul. Kedatangan Islam bukan sekadar untuk memberitahu bahawa Allah itu
wujud kerana mereka tahu Allah itu ada.
Aqidah islam itu adalah aqidah tauhid kerana ia berdasarkan
keEsaan Allah sebagai pencipta seluruh alam. Manusia dituntut mengabdikan
dirinya hanya kepada yang Maha Esa dan seluruh kehidupan ini bersumberkan
daripadaNya sahaja. Seluruh alam semesta adalah merupakan tanda-tanda tentang
kewujudan yang Maha Esa. Seseorang yang hendak menjadi muslim mesti
mengisytiharkan secara terbuka akan keyakinannya bahawa “La Ilaha IllaLlah”
sebagai kebenaran yang mutlak.
KESATUAN AQIDAH
Inilah yang merupakan pengertian pokok dalam keimanan, yakni
aqidah dan untuk menjelaskannya lagi Allah Taala menurunkan kitab-kitab
suciNya, mengutuskan semua Rasulnya dan dijadikan sebagai wasiatNya baik untuk
golongan awwalin (orang-orang dahulu) dan golongan akhirin (orang-orang kemudian)
.
Aqidah merupakan kesatuan yang tidak akan berubah-ubah
kerana pergantian zaman atau tempat tidak pula berganti-ganti kerana perbezaan
golongan atau masyarakat.
Allah ta’ala berfirman:
“Allah telah mensyariatkan agama untukmu semua iaitu yang
diwasiatkan kepada Nuh yang kami wahyukan padamu, juga yang kami wasiatkan
kepada Ibrahim, Musa dan Isa, hendaklah kamu semua menegakkan agama itu dan
jangan berselisih di dalam melaksanakannya (Asy-Syura: 13)
Jelaslah dari ayat di atas itu bahawa agama yang disyariatkan
oleh Allah ta’ala kepada kita itu adalah sebagaiman yang pernah diwasiatkan
kepada Rasul-rasulNya yang dahulu-dahulu, yakni agama yang merupakan
pokok-pokok aqidah dan tiang-tiang atau rukun-rukun keimanan. Jadi bukannya
cabang-cabangnya agama atau syariat-syariatnya yang berupa amalan. Sebabnya
adalah kerana setiap ummat itu tentu memiliki syariat-syariat amaliah yang
sesuai dengan keadaan mereka sendiri, hal-ehwal serta jalan fikiran serta
kerohanian mereka itu pula.
PENGARUH AQIDAH
Apa yang ditempuh oleh manusia dan apa yang telah
dilaksanakan olehnya dalam kehidupan di dunia adalah merupakan suatu pernyataan
dari kenyataan aqidah atau kepercayaan. Jikalau aqidah yang terpateri di dalam
jiwanya itu baik dan benar, maka baik dan benar pulalah jalan yang ditempuhnya
serta lurus dalam mengerjakannya. Tetapi jikalau aqidah itu rosak dan salah,
maka jalan yang ditempuhnya pun rosak, sesat dan menyeleweng dari kebenaran.
Oleh sebab itu, maka aqidah tauhid dan keimanan adalah suatu
hal yang mutlak yang perlu sama sekali tidak dapat ditinggalkan oleh siapa pun,
agar seseorang itu dapat mencapai kesempurnaan keperibadian dan pula
merialisasikan kemanusiannya itu sendiri. Aqidah keimanan ini memberikan kesan
yang besar dalam memberikan didikan yang amat luar biasa terhadap kaum mukminin
yang terdahulu, yang telah menyebabkan jiwa menjadi suci, bersih dan murni,
dilenyapkan sari segala penyakit seperti dengki, dendam, bangga pada diri
sendiri, kefasikan, kecurangan dan lain-lain lagi. Aqidah juga dapat membersihkan
kaum mukminin dari kotoran didikan yang merosakkan serta bahayanya watak yang
rendah dan juga dari kejahatan pusaka adat-istiadat yang hina.
Itulah yang menyebabkan orang-orang dahulu itu menjadi
tinggi dan luhur cita-citanya. Yang mereka usahakan hanyalah perkara-perkara
yang agung, besar dan jaya. Mereka telah dapat menempatkan diri mereka sebagai
pemimpin manusia, pembimbing ummat sedunia, dimerdekakan jiwa mereka itu dari
segala macam khurafat, khayalan dan angan-angan yang buruk yang tiada faedahnya.
Mereka juga dilepaskan dari belengu yang dipasang oleh para raja dan kaum
bangsawan.
Sebenarnya, lebih banyak lagi pengaruh aqidah dalam
kehidupan manusia. Aqidah inilah yang memantapkan hati ummat Islam dahulu,
sehingga dapat memperoleh kemenangan yang gilang gemilang, membebaskan negeri
itu dan ini, memerdekakan bangsa itu dan ini, dan sebagainya. Disamping itu
mereka juga menanamkan ilmu dan mengajak mengamalkan amalan yang soleh. Selain
itu mereka berhasil pula memantapkan kemajuan yang cahayanya bersinar ke
seluruh penjuru dunia, kemanfaatannya merata ke seluruh pelusuk bumi, di timur
mahupun di barat.
Itulah pengaruh dan kesan aqidah yang haq jikalau sudah
benar-benar meresap dan tertanam dalam jiwa manusia.
No comments:
Post a Comment