Kepercayaan Alam Sekitar
Kepercayaan kepada bencana alam seperti kemarau, banjir, serangan
belalang dan bawaan penyakit adalah ketentuan tuhan. Ini menyebabkan mereka
menyembah alam sekitar seperti matahari, bulan, bintang, bumi dan sebagainya
yang dianggap mempu mengubah sesuatu keadaan. Contohnya masyarakat Lembah Hwang
Ho iaitu Shang Ti menyembah alam sekitar.
Kepercayaan kepada penyembahan roh nenek moyang
Kepercayaan terhadap nenek moyang mempunyai pengaruh dalam kehidupan
seharian. Amalan pemujaan dilakukan agar roh nenek moyang mereka masih
mempunyai pengaruh ke atas kehidupan mereka atau kehidupan masa hadapan mereka.
Mereka juga memohon pertolongan nenek moyang melalui ramalan menerusi pendeta
cina dengan menggunakan tulang nujumyang ditulis dengan pelbagai soalan,
dihempaskan dan garisan-garisan yang pecah tersebut akan dibuat ramalan, contoh
masyarakat Shang dan Maharaja Shang mereka mengamalkan penyembahan roh nenek
moyang yang memerintah syurga dan menjalankan upacara pengorbanan untuk memuja
semangat roh nenek moyang yang diketuai oleh bomoh. Antara yang dikorbankan
iaitu kambing, babi, lembu, anjing, manusia dan tawanan musuh.
Kepercayaan kepada Anak Syurga
Kepercayaan kepada anak syurga adalah untuk mengesahkan pemerintahan
sesebuah dinasti. Is dilakukan dengan menonjolkan unsur suci dan sakti yang
mampu menarik keyakinan dan ketaatan rakyat kepada pemerintah tersebut. Anak
syurga dianggap sebagai perantara antara bumi dengan syurga. Contoh Dinasti
Chou mengamalkan kepercayaan tersebut untuk mengukuhkan kedudukan pemerintah
Dinasti Chou.
Kepercayaan kepada dewa
Kepercayaan terhadap dewa dipercayai dapat membantu mengawal dan
meningkatkan hasil tanaman kerana mereka percaya bahawa semua dewa berada di
syurga dan mempunyai kuasa menolong manusia di dunia untuk berbuat baik atau
jahat. Contohnya masyarakat Shang turut menyembah ‘Dewa Biji-bijian’
Agama Buddha
Kedatangan ajaran Buddha semasa Dinasti Han oleh pemerintah Maharaja
Ming Ti. Agama Buddha mendapat tempat di hati rakyat ketika dilanda masalah
peperangan dan perpecahan. Ia dibawa masuk dari Sri Lanka.
Ajaran Confuciusnisme
Ia bermula semasa Dinasti Chou yang dibawa oleh Confucius pada 551 SM.
Pada asalnya beliau adalah seorang pegawai dalam kerajaan Lu tetapi telah
meletak jawatan dan mengembara untuk menyebarkan idea dan fahaman tersebut.
Akhirnya, fahaman tersebut diterima dan beliau dianggap seorang dewa serta
disembah. Ajaran Confucius menekankan bahawa seorang pemimpin perlu
menitikberatkan soal moral maka pemerintah tersebut akan diiktiraf oleh rakyat
dan negara tersebut tidak memerlukan undang-undang. Ajaran ini berubah sedikit
demi sedikit sehingga menjadi sebuah agama. Ia turut menekankan konsep Jen
iaitu perikemanusiaan kepada diri sendiri dan orang lain. Jen pula mengutamakan
lima kebaikan iaitu berbudi bahasa, kemurahan hati, amanah, kerajinan dan
bersifat baik. Ajaran ini menekankan juga unit keluarga sebagai satu unit
terpenting.
Ajaran Toisme
Diasaskan oleh Loazi dan Chuang Tzu adalah satu jalan atau cara untuk
mencapai keharmonian dengan alam semesta. Ia menekankan keamanan dan
keharmonian akan dapat dicapai sekiranya manusia tidak mengikut hawa nafsu
untuk mencapai materialistik dan mengasingkan diri daripada kegiatan duniawi
serta apa sahaja yang merugikan dengan cara meditasi. Buku utama ajaran ini
ialah ‘Tao Te Ching’. Setiap tindakan ditentukan oleh Tao dan sekiranya ingkar
dunia akan rosak. Ia juga menekankan kehidupan secara sederhana dan manusia
perlu bebas daripada peraturan ciptaan manusia. Ajaran ini berubah sedikit demi
sedikit menjadi sebuah agama.
Tamadun China
Sistem Ekonomi Sara Diri
Pada zaman Dinasti Shang, ekonomi secara keseluruhan masih primitif.
Alat pertanian seperti cangkul, penukul dan bajak digunakan. Pengairan diadakan
tetapi skalanya kecil. Sekoi merupakan tanaman utama. Masyarakat Shang juga
terlibat dalam penternakan. Hal ini terbukti dalam amalan pengorbanan lembu
secara besar-besaran dalam upacara pengebumian.
Pada zaman Dinasti Chou, satu sistem yang dipanggil well-field system
dilaksanakan. Di bawah sistem ini, tanah dipecahkan kepada 9 bahagian. 8
bahagian diusahakan oleh petani sendiri manakala hasil tanah kesembilan
diserahkan kepada pemerintah. Penternakan masih diamalkan pada zaman Dinasti
Chou. Dari segi alat pertanian, ia masih bersifat primitif dan dibuat daripada
batu dan kayu.Selepas Dinasti Chou, ekonomi sara diri masih diamalkan oleh
penduduk tetapi pertanian secara ekstensif telah mula diusahakan.
Sistem Ekonomi Komersil
Pada abad ke-7, alat pertanian yang dibuat daripada besi mula
diperkenalkan. Penggunaannya dalam pertanian bertanggungjawab dalam penghasilan
tanaman yang banyak. Selain itu, sistem pembajakan yang menggunakan binatang
juga dimulakan. Penggunaan alat besi juga telah memperluaskan sistem pengairan
dan kawalan air boleh dilakukan dengan berkesan. Salah satu contoh projek
pengairan ialah projek pengairan Chengtu di Szechuan. Selain pertanian, barang
kraftangan seperti sutera juga dihasilkan dengan banyak.
Pada zaman Dinasti Chin, China yang berpecah-belah telah disatukan dan
satu kerajaan pusat ditubuhkan. Pemilikan tanah persendirian telah
diperluaskan. Matlamat ekonomi kerajaan zaman ini adalah memaksimakan
pengeluaran melalui pertanian, penternakan dan pengeluaran kain. Mereka yang
tidak terlibat dalam pekerjaan berguna, malas bekerja akan menjadi hamba.
Kerajaan Chin menggalakkan kemasukan imigran dan Timur untuk memberi peluang
kepada mereka membuka lebih banyak tanah pertanian bagi meningkatkan keluaran
negara.
Pada zaman Dinasti Han, pengeluaran pertanian terus meningkat dengan
pesat. Alat pertanian besi telah digunakan, sistem pengairan dan terusan
diperluaskan. Tekstil terus menjadi hasil utama negara dan ia mempunyai kualiti
yang tinggi.
Pada zaman Tiga Kerajaan, Kerajaan Wei yang terletak di Utara China
berusaha untuk memulihkan ekonomi yang musnah. Kerajaan Shu pula maju dalam
pertanian disebabkan Lembah Chengtu yang diairi dengan baik dan subur, manakala
Kerajaan Wu pula maju dalam pertanian disebabkan Lembah Yangtze yang subur yang
sesuai bagi pertanian.
Pada zaman Dinasti Tang, banyak tanah terbiar telah diusahakan dan ini
menyebabkan pertambahan pengeluaran hasil pertanian malah kawasan pertanian
baru telah dibuka khususnya di Lembah Yangtze. Akibatnya, pertanian telah
diusahakan secara besar-besaran. Kemajuan dalam bidang pertanian turut
mempengaruhi kemajuan dalam industri kraftangan seperti sutera, kertas dan
porselin.
Pada zaman Dinasti Ming, telah disaksi revolusi pertanian di kawasan
luar bandar negara China. Kaedah pertanian baru dan permulaan tanaman padi 2
musim yang dipinjam dan Vietnam Selatan dimulakan. Tanaman baru seperti jagung
India, ubi kentang manis dan kekacang telah diperkenalkan. Kerajaan Ming juga
memperkenalkan tanaman bergilir dalam skala yang besar begitu juga dengan
penggunaan baju. Ksemuanya ini membawa kepada peningkatan pengeluaran hasil
pertanian dan menggalakkan lagi penanaman secara komersil.
Pada zaman Ching, pemulihan ekonomi di seluruh negara dapat dilihat
pada zaman pemerintahan Maharaja Kang-hsi. Pengeluaran pertanian dengan
peningkatan dalam kawasan pertanian diperlihatkan. Pertanian secara komersil
menjadi salah satu ciri ekonomi yang penting pada zaman ini.
Sebagai kesimpulan, dasar-dasar ekonomi yang dilaksanakan pada
pelbagai zaman berjaya merangsangkan ekonomi sara diri berkembang menjadi
ekonomi komersil dimana tingkat pengeluaran telah meningkat berlipat-ganda dan
hasil yang berlebihan dapat dijual kepada orang lain. Hal ini kemudian telah
mewujudkan kegiatan perdagangan di negara China.
Sistem Ekonomi Perdagangan
Kegiatan perdagangan telah mula wujud sejak Dinasti Shang dengan menggunakan
kulit siput sebagaimana mata wang. Kegiatan ini kemudian terus berkembang pada
zaman Dinasti Chou. Penyeliaan jalan-jalan baru, terusan dan sungai
meningkatkan kemudahan dan membawa kepada kemunculan pedagang-pedagang prominen
yang melabur keuntungan mereka khususnya dalam tanah berperanan mengutip cukai.
Tetapi golongan ini didiskriminasikan oleh pemilik tanah aristokrat dan mereka
menduduki tempat paling rendah dalam pengklasifikasian penduduk iaitu shih
(bangsawan), nung (petani), gong (tukang) dan shang (pedagang).
Selepas zaman Chou, kemajuan pesat dalam perdagangan juga dapat
dilihat pada zaman Dinasti Chin. Kemunculan kelas pedagang dalam zaman ini
adalah banyak sekali.
Pada zaman Dinasti Han pula, peningkatan dalam pengeluaran perlombongan
dan garam telah membawa kepada kemajuan perdagangan tempatan dan asing.
Selepas Dinasti Han, negara China sekali lagi menjadi huru-hara.
Peperangan sering berlaku dan ini tidak menggalakkan kegiatan perdagangan.
Sehinggalah Dinasti Tang, negara China mulai menjadi aman damai. Keadaan
politik menjadi stabil kembali. Peningkatan dalam pengeluaran pertanian dan
kraftangan telah membawa kepada kemajuan perdagangan domestik yang
dirangsangkan oleh komunikasi yang diperbaiki termasuk sistem pos baru dan jalan
utama yang menghubungkan ibu kota. Perdagangan dengan orang asing juga
berkembang pesat tetapi berada di bawah pengawasan orang asing. Terdapat banyak
koloni pedagang asing bukan sahaja di pusat tetapi juga di kawasan lain.
Selepas kejatuhan Dinasti Tang, zaman selepasnya dikenali sebagai
zaman 5 dinasti dan sepuluh kerajaan. Zaman ini menyaksikan kemajuan dalam
perindustrian dan perdagangan. Menjelang abad ke-11 M, banyak tembaga dan besi
dihasilkan. Selain itu, banyak bandar baru dan pusat perdagangan telah muncul.
Pada zaman pemerintahan Monggol, perdagangan terus mencapai kemajuan,
tetapi perdagangan asing ini tetap terletak di bawh penguasaan pedagang asing
khususnya orang Islam dari Timur Tengah. Pedagang asing membawa keluar
keuntungan cari China dan menyebabkan pengaliran keluar mata wang negara yang
memburukan lagi keadaan ekonomi.
Pada zaman Dinasti Ming pula, pusat perkembangan ekonomi adalah Lembah
Yangtze. Kemajuan industri seperti industri tekstil di Soochow dan Sungkiang
telah memajukan lagi kegiatan perdagangan.
No comments:
Post a Comment