Thursday

~Tamadun Melayu Sebagai Asas Dan Kelangsungan Tamadun Malaysia~



TAMADUN MELAYU SEBAGAI ASAS TAMADUN MALAYSIA


Sejarah dan Asas Sistem Pemerintahan

Tamadun Malaysia yang sedang mengalami proses pemantapan sekarang wujud hasil dari satu proses sejarah yang berkesinambungan yang dapat dibuktikan melalui pelbagai sumber sejarah dan kaedah arkeologi. Dari segi sejarah terbukti bahawa wilayah politik atau negara-bangsa yang dikenali sebagai Malaysia merupakan lanjutan dari kemunculan politi-politi atau kerajaan-kerajaan Melayu lebih awal. Politi-politi Melayu ini juga merupakan kesinambungan dari beberapa buah kerajaan atau pusat tamadun Melayu yang pernah wujud sebelum ini seperti Srivijaya, Temasik (Singapura), Kesultanan Melayu Melaka,Johor Riau-Lingga, dan sebagainya. Keseluruhan politi ini terangkum dalam satu wilayah budaya yang dikenali sebagai Gugusan Kepulauan Melayu, Gugusan Kepulauan Melayu- Indonesia, Alam Melayu atau Nusantara, dan di wilayah-wilayah inilah tamadun Melayu wujud dan berkembang. Kini Malaysia merupakan sebuah negara-bangsa berbentuk persekutuan yang mengandungi komponen beberapa buah negeri Melayu iaitu Melaka, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Kedah, Perils, Kelantan, Terengganu, Johor, serta Sabah dan Sarawak.

Lantaran fakta sejarah tersebut, maka paksi atau landasan utama yang menyumbang kepada pembinaan dan pemantapan tamadun Malaysia ialah tamadun Melayu. Setiap politi Melayu yang disebutkan di atas diperintah oleh raja atau sultan atau Yang di-Pertua. Sistem pemerintahan beraja (sekarang sistem pemerintahan raja berperlembagaan) adalah antara sumbangan utama tamadun Melayu kepada tamadun Malaysia. Perlembagaan Malaysia memaktubkan dua institusi beraja iaitu Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja- Raja Melayu sebagai komponen penting dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di negara kita. Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua utama negara yang mengetuai tiga badan di dalam kerajaan iaitu badan perundangan (legaslatif); pemerintahan (eksekutif); dan kehakiman.

Sebelum ini, sebagai ketua utama negara dalam badan perundangan, Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa untuk memperkenankan undang- undang yang telah diluluskan oleh Parlimen, iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara di peringkat persekutuan, sebelum diwartakan dan menjadi undang- undang yang sah. Namun kini, Yang di-Pertuan Agong sekiranya tidak memperkenankan atau menandatangani undang-undang yang telah diluluskan oleh Parlimen, maka menurut peruntukan undang-undang selepas tempoh 30 hari undang-undang tersebut akan diwartakan dan dianggap sah. Sebagai ketua utama negara dalam badan pemerintahan, Yang di-Pertuan Agong melantik Perdana Menteri danJemaah Kabinet (Menteri-Menteri); Ketua Hakim Negara dan Hakim-hakim; Duta-duta dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke luar negara. Menurut perlembagaan, Yang di-Pertuan Agong akan menerima nasihat daripada Perdana Menteri dan Jemaah Menteri. Sebagai ketua negara utama dalam badan kehakiman yang menjadi sumber keadilan negara, Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa untuk mengampunkan setiap kesalahan sama ada di mahkamah sivil yang dilakukan di Wilayah Persekutuan atau di mahkamah tentera. Sebagai ketua negara utama, Yang di-Pertuan Agong merupakan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia dan dalam bidang keagamaan bertindak sebagai ketua agama Islam di negeri-negeri yang tidak beraja iaitu Wilayah Persekutuan, Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

Yang di-Pertuan Agong tidak terlibat di dalam politik dan pemerintahan negara, dan baginda berdasarkan bidang kuasanya boleh mewakilkan tugasnya kepada sesiapa atau suruhanjaya yang dilantik atas perkenan baginda. Baginda merupakan payung dan paksi kepada perjalanan sistem pemerintahan negara. Imlah hakikat sistem raja berperlembagaan kerana baginda tidak berkuasa mutlak. Yang di-Pertuan Agong 'bertindak' atas nasihat Perdana Menteri atau Jemaah Menteri, seperti yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Sistem Perundangan Tradisional

Sebagai satu entiti politik, Malaysia merupakan sebuah negara merdeka yang berdiri di atas tunggak Rukun Negara. Berdasarkan sejarahnya, politi-politi atau negeri-negeri Melayu memiliki kanun perundangan yang berasaskan adat Melayu dan hukum syariah (undang-undang Islam). Negeri-negeri Melayu seperti Melaka memilik Hukum Kanun Melaka (undang-undang daratan) dan Undang- Undang Laut Melaka (undang-undang lautan); di Johor dengan Undang-undang Johor dan kemudiannya, Undang-undang Tubuh Negeri Johor. 1895: di Pahang dengan Undang-undang Pahang; di Kedah dengan Undang-Undang Kedah; di Perak dengan Undang-Undang 99 Perak dan Undang-undang Keturunan Daripada Turun Negeri Perak; di Terengganu dengan Perlembagaan Negeri Terengganu, 1911 (Itqan al-Mulk); dan di Negeri Sembilan diamalkan hukum adat dan undang-undang adat yang terdapat di empat buah negeri (daerah) iaitu di Sungai Ujong, Rembau, Johol danJelebu. Tradisi pemerintahan berdasarkan perundangan dan perlembagaan ini telah dilanjutkan pula kepada entiti politik Malaysia dalam perlembagaan Malaysia dan perlembagaan negeri.

Agama Islam dan Adat-Istiadat Melayu

Berdasarkan proses sejarahnya, tamadun Melayu telah dimantapkan oleh agama Islam. Islam dan adat Melayu, secara khususnya telah menjadi salah satu struktur terpentmg kemelayuan dalam tamadun Malaysia. Islam dan adat Melayu merupakan struktur yang saling melengkapi dan berintegrasi ke dalam wadah kemelayuan. Islam terus menjadi faktor definitif Melayu iaitu Melayu sebagai yang mengamalkan adat istiadat Melayu, berbahasa Melayu dan beragama Islam. Di negara kita, takrifan ini telah diletakkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia untuk merujuk takrifan Melayu dari sudut undang-undang. Takrifan ini secara umumnya bukan sahaja berlaku di negara kita, tetapi secara meluas di rantau Alam Melayu. Islam menjadi identiti sosial dan budaya orang Melayu. Islam bukan sahaja menjadi faktor yang mentakrif Melayu, juga dimaktubkan di dalam perlembagaan Malaysia bahawa Islam adalah agama bagi persekutuan Malaysia, dan setiap raja atau sultan adalah ketua agama bagi setiap negeri di dalam Persekutuan Malaysia. Peruntukan ini termaktub di dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia, dan peruntukan ini membolehkan kerajaan pusat melaluiJabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan kerajaan negeri melalui pihak berkuasa agama negeri melaksanakan pembangunan Islam dalam pelbagai bidang, termasuk melaksanakan pentadbiran hukum syariah Islam tetapi dengan bidang kuasa yang tertentu.

Dengan termaktubnya agama Islam sebagai agama bagi persekutuan Malaysia, tidak bermakna agama-agama lain tidak boleh dianuti atau diamalkan oleh orang-orang bukan Melayu atau bukan Islam. Menurut perlembagaan, wujud kebebasan beragama tetapi bagi penganut agama Islam, kerajaan boleh


menggubal undang-undang untuk mengawal atau menyekat aliran atau fahaman kepercayaan yang dianggap menyeleweng.

Peranan Bahasa Melayu dan Islam

Penyebaran dan perkembangan agama Islam di Alam Melayu tidak boleh dipisahkan dari peranan yang dimainkan oleh bahasa Melayu. Bahasa Melayu melalui tulisan Jawi bukan sahaja menjadi bahasa tulisan untuk sejumlah besar kitab-kitab agama dan kesusasteraan Melayu, malahan menjadi bahasa pengantar komunikasi utama perkembangan Islam di Alam Melayu. Para mubaligh atau pendakwah menggunakan bahasa Melayu sebagai media komunikasi mereka. Bahasa Melayu menjadi lingua franca di kalangan para pedagang yang telah berdagang di kawasan mi dan bahasa Melayu ialah bahasa persatuan dan kesatuan Melayu di Alam Melayu. Berdasarkan pernyataan sejarah tersebut, maka dimaktubkan juga di dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Malaysia. Di bidang pendidikan kini, Akta Pendidikan (1961) juga telah menetapkan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan negara, di peringkat sekolah rendah, sehinggalah ke peringkat pengajian tinggi.

Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera dan Undang- Undang Adat

Pembentukan Perlembagaan Persekutuan merupakan hasil tolak ansur antara pelbagai kaum di negara ini semasa penubuhan Persekutuan Tanah Melayu. Persetujuan melonggarkan syarat-syarat kewarganegaraan oleh pemimpin- pemimpin Melayu telah membolehkan pemimpin-pemimpin bukan Melayu mengakui kedudukan istimewa orang Melayu dan orang Islam. Dengan pembentukan gagasan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963, taraf kedudukan istimewa telah diperluas kepada kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak. Kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera dimaktubkan menurut Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Selain itu, Perlembagaan Persekutuan juga mengiktiraf peranan undang- undang adat yang dapat dilaksanakan di kalangan orang Melayu dan juga masyarakat bumiputera atau penbumi di Sabah dan Sarawak. Undang-undang adat yang sudah lama berkembang iaitu semenjak sebelum adanya undang- undang bertulis telah lama diamalkan, namun dari segi pelaksanaannya undang- undang tersebut tidak boleh mengatasi atau bertentangan dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Semangat Kebangsaan

Tamadun Melayu sebenarnya telah banyak memainkan peranan sebagai asas ke arah pemantapan tamadun Malaysia masa kini. Berdasarkan sejarah, kemasukan pengaruh British ke negeri-negeri Melayu telah banyak mengubah landskap budaya dan ketamadunan masyarakat Melayu. Pentadbiran British telah membawa masuk atau membenarkan kemasukan orang-orang Cina dan India ke negeri-negeri Melayu kerana kepentingan ekonorni, dan ini membentuk sebuah masyarakat majmuk di Semenanjung Tanah Melayu. Di bawah pengaruh British, semangat kebangsaan Melayu mula berkembang pada awal tahun 1900 dengan dipelopori oleh segolongan inteligensia (cerdik-pandai) Melayu yang menenma pendidikan Islam terutama dari Universiti al-Azhar di Mesir dan di Haramain (Makkah dan Madinah). Mereka menerbitkan beberapa buah akhbar untuk menyalurkan pendapat dan pandangan antaranya melalui akhbar Al-Imam (1906) di Singapura, Neracha (1911-1915) dan majalah al-Ikhwan (1926-1931) di Pulau Pinang. Golongan berpendidikan agama mi atau dikenali juga sebagai golongan modenisme, reformis, islah, dan 'kaum muda' yang cuba membangkitkan kesedaran terhadap agama, bangsa dan tanah air. Antara tokoh penting ialah Sheikh Mohd Tahir Jalaluddin, Syed Sheikh al-Hadi dan lain-lain. Usaha sedemikian kemudiannya dilanjutkan pula oleh inteligensia Melayu yang menerima pendidikan Melayu, khususnya dari Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) atau Sultan Idris Training College (SITC) melalui tulisan-tulisan mereka di akhbar-akhbar dan majalah, yang berusaha membangkitkan kesedaran kebangsaan Melayu. Bersama dengan inteligensia Melayu berpendidikan Inggeris, mereka telah bersatu menentang gagasan Kesatuan Malaya atau Malayan Union (MU) yang cuba diperkenalkan oleh British Military Adminstration (BMA) pada tahun 1946. Penentangan terhadap Malayan Union, yang cuba menghapuskan kedaulatan dan kedudukan raja-raja Melayu dan member! kerakyatan kepada orang asing atau pendatang, telah menyatukan semua orang Melayu dari pelbagai negeri Melayu dan lapisan masyarakat untuk menunjukkan penentangan terhadap penjajahan dan kemudiannya, menuntut kemerdekaan. Kemuncaknya ialah pada 31 Ogos 1957 dengan rasminya, Persekutuan Tanah Melayu atau Malaya telah diberikan kemerdekaan; dan pada 16 September 1963, Singapura, wilayah Sabah dan Sarawak kecuali Brunei bersetuju untuk menjadi sebahagian dari gagasan Persekutuan Malaysia yang ditubuhkan itu.

Semangat kebangsaan Melayu yang berasaskan Islam telah berjaya menyatupadukan orang Melayu dan merupakan mstrumen terpenting untuk mencapai kemerdekaan negara bersama-sama orang bukan Melayu. mstrumen ini juga berjaya melemahkan atau dapat menghapuskan ideologi komunis dari negara ini. Inilah sumbangan terbesar tamadun Melayu dalam pembentukan negara dan bangsa Malaysia yang harus difahami oleh semua rakyat Malaysia dan juga dunia luar.

Kewarganegaraan dan Jati Diri Kebangsaan

Sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat, isu kewarganegaraan merupakan isu yang dianggap sensitif dan mencabar terutama dalam proses

pembinaan negara bangsa dan pemantapan tamadun Malaysia. Perlembagaan mengiktiraf taktor jus sanguinis (hy hirth) atau menjadi warganegara kerana faktor kelahiran, tetapi dengan kematangan polkik pemimpin negara; faktor jus soli atau pengiktirafan warganegara secara undang-undang {by act of law) juga dapat diterima. Kematangan politik melalui musyawarah dan perundingan telah dapat menyelesaikan pelbagai isu di dalam negara Malaysia yang berdaulat.

Selepas mencapai kemerdekaan Malaysia berusaha mewujudkan satu jati diri kebangsaan bagi warganegaranya atau masyarakatnyayang mengandungi beberapa komponen pelbagai kaum. Asas-asas kebangsaan tersebut telah sedia ada, seperti yang termaktub di dalam Akta Pendidikan (1961) dan Akta Bahasa (1967). Namun selepas tragedi 13 Mei 1969, satu dasar ekonomi diperkenalkan iaitu Dasar Ekonomi Baru (DEB) (1971) untuk digunakan sebagai instrumen atau wahana perpaduan kaum dan negara. Dasar Rebudayaan Rebangsaan (1971) dan Rukun Negara (1971) juga merupakan di antara wahana untuk mencapai perpaduan kaum dan negara. Dasar Rebudayaan Rebangsaan (1971) sudah diterima sebagai dasar negara untuk mewujudkan jati diri tersebut. Dasar ini menyatakan bahawa kebudayaan kebangsaan negara hendaklah berasaskan kebudayaan masyarakat asal rantau ini; Islam sebagai agama yang universal ialah teras kebudayaan kebangsaan; dan nilai-mlai yang baik dan budaya lain akan diambil kira. Dasar ini telah mengambil kira bahawa imej atau citra kebangsaan mestilah citra kemelayuan; iaitu citra yang sudah sebati dengan wilayah budaya rantau ini selama ribuan tahun. Dasar ini tidak pula melarang budaya-budaya lain untuk berkembang atau dipertontonkan kepada orang luar.

Akta Pendidikan, Rukun Negara, dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Akta Pendidikan (1961) yang kemudiannya mendasari Dasar Pendidikan Kebangsaan; Akta Bahasa Rebangsaan (1967); Dasar Rebudayaan Rebangsaan (1971); dan Rukun Negara (1971) merupakan akta dan dasar yang tidak dapat dipisahkan dari keseluruhan roh dan falsafah yang termaktub di dalam perlembagaan negara. Reseluruhan dasar-dasar tersebut merupakan instrumen yang menyumbang kepada pembinaan bangsa Malaysia dan tamadun Malaysia khususnya dari segi sosiobudaya dan sosiopolitik. Reseluruhan dasar-dasar tersebut dimantapkan pula dengan proses penerapan nilai-nilai Islam' yang selari dengan nilai-nilai unviersal di dalam pentadbiran negara. Islam terus memainkan peranan penting di dalam pembinaan tamadun Malaysia dan dikemukakan sebagai alternatif kepada sistem sekular Barat. Rekuatan sistem nilai Islam, yang berpaksikan ketauhidan, sama ada nilai sosial, politik dan budaya yang berasaskan prinsip 'pertengahan' selaras dengan konsep Konfucius 'Chun Yung' dan konsep etika Aristotle The Golden Mean, telah terbukti dari segi sejarah mengukuhkan dan memantapkan jati diri serta identiti Melayu dan kemelayuan. Rekuatan inilah yang mengukuhkan tamadun Melayu sebagai asas tamadun Malaysia.


Rukun Negara (1971) telah dirangka sebagai ideologi negara agar rakyat Malaysia memiliki sistem nilai yang berasaskan prinsip-prinsip yang dipersetujui secara bersama. Prinsip-prinsip tersebut ialah "kepercayaan kepada Tuhan, kesetiaan kepada raja dan negara, keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang- undang dan kesopanan dan kesusilaan". Prinsip-prinsip tersebut dilihat bersifat universal tetapi memiliki unsur-unsur serempat. Masvarakat Malaysia terdiri dari pelbagai kaum dan agama; dan kepeibagaian rersebut adalah merupakan suatu kekuatan bukannya suatu kelemahan. Lanraran itu senap kepeibagaian perlu diikat dengan prinsip yang dapat d;:enma oleh semua pihak untuk menyatupadukan mereka.

TAMADUN MELAYU DALAM KELANGSUNGAN TAMADUN MALAYSIA

Asas Modenisasi dalam Tamadun Malaysia

Tamadun Malaysia kmi dibma dan dimamapkan di atas asas modenisasi, khususnya dan segi kemudahan mtrast.-ukrur. Kelangsungan tamadun Melayu di dalam tamadun Malaysia berrit;k-:oiak kepada usaha-usaha untuk memodenkan orang Melayu khususnva di bidang ekonomi. Disebabkan kepintaran kuasaBarat menyekat dan menguasai perairan perdagangan di Alam Melayu, ekonomi orang Melayu vans pada suatu masa dahulu berasaskan ekonomi mantim atau kelautan seperti di zaman empayar Srivijaya, Melaka, Aceh, dan Majapahit telah berubah Kepada ekonomi pertanian berbanding masyarakat pendatang atau bukan Melavu. Pada zaman pengaruh pentadbiran British, ekonomi orang Melayu tel-ika: kepada sistem ekonomi dualisme iaitu di satu segi mereka terus hidup secara sara din dan terlibat dengan ekonomi sara din dan terpaksa pula masuk ke dalam sistem ekonomi wang atau sistem ekonomi moden dengan menghasilkan tanaman-ranaman berasaskan ekonomi wang (komersil^ seperti tanaman getah. Sistem ekonomi seperti ini juga disebut sebagai ekonomi pertanian yang terdapat di kawasan luar bandar. Di sebalik sistem ekonomi sedemikian, orang Melayu )uga menghadapi masalah kemiskinan, disebabkan saiz pemilikan tanah yang kecil, malah ada yang tidak bertanah, yang menghasilkan pengeluaran yang kecil, yang menyebabkan kadar simpanan yang rendah atau tiada langsung. Orang Melayu terperangkap di dalam 'lingkaran ganas kemiskinan'.

Untuk mengatasi masalah tanah dan pemilikan tanah, pihak kerajaan telah memberikan tanah kepada mereka melalui penubuhan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP) atau Federal Land Development Authority (FELDA), yang ditubuhkan pada tahun 1956. Melalui agensi kerajaan ini, rancangan pembangunan tanah meliputi pembukaan petempatan baru dan tanah-tanah baru merupakan tumpuan utama kerajaan untuk berusaha memodenkan orang Melayu di kawasan luar bandar dengan menyediakan kemudahan infrastruktur. Usaha- usaha ini dilaksanakan untuk mengimbangi rancangan pembukaan dan pemberian tanah kepada syarikat-syarikat atau firma-firma besar seperti Guthrie, Dunlop, Sime Darby, Socfin dan sebagainya yang dimiliki oleh pelabur-pemodal Barat terutama British dan golongan pendatang lain terutamanya orang Cina pada zaman pemerintahan kolonial British.

Dasar Ekonomi Baru

Setelah berlaku tragedi 13 Mei 1969, yang memberi kesan kepada hubungan dan perpaduan antara kaum, Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah dirangka pada tahun 1970 dan menjadi kerangka serta matlamat utama Rancangan Malaysia Kedua (1970-1975) dan rancangan pembangunan lima tahun seterusnya dalam tempoh Rancangan JangkaPanjangPembangunan (RJPP 1) (1970-1990). DEB direncanakan, kerana terdapatnya data statistik pada tahun 1970 yang menunjukkan terdapatnya jurang pendapatan antara kaum. Wujud juga keadaan ketidakseimbangan yang serius di dalam sektor pekerjaan dan pemilikan saham antara orang Melayu dengan bukan Melayu. Tragedi 13 Mei 1969 menjadi iktibar kepada keperluan perpaduan antara kaum melalui kesamarataan dan pengurangan jurang antara kaum. Jurang yang meluas di antara kaum boleh menggugat perpaduan di Malaysia dan ini merupakan salah satu cabaran penting dalam pembinaan dan pemantapantamadun Malaysia.

Matlamat DEB yang tercatat di dalam Rancangan Malaysia Kedua (1970-1975) seperti yang dibentangkan di Parlimen, menyatakan pertamanya, untuk menghapuskan kemiskinan tanpa mengira kaum; dan kedua, untuk menyusun semula masyarakat agar pengenalan kaum melalui fungsi-fungsi ekonomi akan berkurangan. Tindakan ini perlu untuk memodenkan kehidupan masyarakat di luar bandar; pertumbuhan yang seimbang dalam aktiviti perbandaran dan pembentukan masyarakat perniagaan dan perindustrian bumiputera. Melalui dasar ini, diharapkan orang Melayu dan bumiputera lain akan dapat memiliki dan menguasai sekurang-kurangnya 30 peratus keseluruhan aktiviti perdagangan industri dan pegangan ekuiti dan pemilikan saham permodalan.

Secara umumnya, DEB juga merupakan kerangka atau rujukan kepada dasar pembangunan negara kita Malaysia. Matlamat tersebut merupakan antara usaha untuk mewujudkan dan memperkukuh perpaduan kaum melalui tindakan sosiopolitik yang bercorak ekonomi.

Pembinaan Golongan Profesional, Perniagaan, dan Industri

Proses modenisasi ini juga meningkatkan peluang pendidikan dari pelbagai jurusan dan sektor yang diwujudkan untuk orang Melayu dan Bumiputera. Ramai dari kalangan mereka menerima pendidikan di peringkat tinggi sehingga dapat memenuhi keperluan bidang pekerjaan profesional dan pengurusan sama ada di sektor awam (kerajaan) atau sektor swasta. Kerajaan kemudiannya telah menubuhkan Bank Bumiputera Malaysia Berhad (BBMB) dan sebelum itu ditubuhkan Rural IndustrialDevelopment Authority (RIDA) padatahun 1956. RIDA kemudiannyaditukarkan namamenjadi Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk melaksanakan matlamat mewujudkan masyarakat perniagaan, perdagangan, dan perindustrian bumiputera, sesuai dengan kedudukan dan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera lain sepertimana termaktub di dalam perlembagaan Malaysia. Institut Teknologi Mara (kini Universiti Teknologi Mara UiTM) ditubuhkan untuk memberi latihan ikhtisas kepada pelajar-pelajar Melayu dan bumiputera, juga sebagai usaha mencapai matlamat pembentukan masyarakat perniagaan, perdagangan dan perindustrian bumiputera.

Pemerintahan kolonial British telah melahirkan kesan-kesan penting ke atas masyarakat tempatan, orang Melayu dan peribumi lain terutama di Sabah dan Sarawak. Antara kesan terpenting ialah ekonomi orang Melayu telah dipinggirkan daripada arus pembangunan dan perkembangan ekonomi moden. Sebagai sebuah negara yang berdaulat dan merdeka, Malaysia sedar bahawa matlamat utamanya ialah perpaduan kaum dan menjaga kepentingan orang Melayu serta bumiputera sebagai kelompok majoriti di negara ini. Dalam tempoh 20 tahun (1970-1990), berlaku perubahan-perubahan struktural iaitu orang Melayu tidak lagi terlibat dalam ekonomi pertanian semata-mata sebaliknya berubah kepada perniagaan dan perindustrian. Struktur komposisi pekerjaan, mereka juga berubah.

Pemilikan Saham dan Sistem Ekonomi Islam

Usaha juga dibuat untuk mempertingkat pegangan ekuiti dan pemilikan saham orang Melayu dan bumiputera dalam pelbagai sektor ekonomi terutama perusahaan dan perdagangan. Permodalan Nasional Berhad (PNB) (1981) ditubuhkan untuk menggalakkan tabungan serta simpanan orang Melayu melalui pelaburan dalam tabung-tabung berbentuk amanah antaranya Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) (1991). PNB memainkan peranan penting melabur di sektor-sektor ekonomi untuk mempertingkat pegangan ekuiti dan pemilikan saham orang Melayu dan bumiputera.

Sistem ekonomi Islam sebagai alternatif kepada sistem ekonomi konvensional yang berasaskan kepada ekonomi sekular Barat telah diperkenalkan di kalangan masyarakat di negara kita. Antaranya melalui penubuhan Bank Islam dan kaunter-kaunter Sistem Perbankan Tanpa Faedah (SPTF) di institusi kewangan konvensional; insuran Islam (Takaful); dan pajak gadai Islam (Ar- Rahn). Ditubuhkan juga Lembaga Urusan Tabung Haji (LUTH) sebagai agensi simpanan untuk menunaikan fardu haji dan menyempurnakan rukun Islam kelima, tetapi kini agensi ini juga berperanan sebagai agensi pelaburan dan perdagangan.

Globalisasi dan Wawasan 2020

Usaha pemodenan melalui pembangunan ekonomi tidak terhenti setakat Rancangan Jangka Panjang Pembangunan I (RJPP I) 1970-1990 bahkan rancangan tersebut kemudiannya dilanjutkan melalui pembentukan RJPP 11 (1990-2020). Dalam konteks ini, perpaduan antara kaum, perpaduan nasional atau integrasi nasional (hubungan penduduk di Semenanjung Malaysia dan Sabah dan Sarawak) terus dipertingkat dalam semangat yang baru iaitu usaha untuk mewujudkan satu bangsa Malaysia pada kurun ke-21.

Arus pembangunan negara tidak dapat dipisahkan daripada suasana global atau sejagat kerana negara kita merupakan sebahagian daripada masyarakat dunia. Proses globalisasi bukanlah perkara yang baru kepada orang Melayu. Dalam zaman keagungan Islam di Alam Melayu (abad kel3 hingga 16), orang Melayu telah mengalami proses globalisasi melalui jaringan pan-Islamisme sejagat. Melaka dan kemudian Aceh telah dihubungkan dengan pusat-pusat tamadun Islam di Andalusia, Marghribi, Mesir, Istanbul, Isfahan dan Agra. Semasa kuasa Barat berusaha memperluas empayarnya, Tanah Melayu juga turut terserap ke dalam proses peluasan kuasa ini. Para petani Melayu terutamanya penanam getah juga secara langsung turut terseret ke dalam penentuan harga oleh pasaran dunia. Namun kini proses globalisasi lebih meluas sifatnya kerana ia melibatkan teknologi maklumat dan sistem komunikasi yang membentuk 'dunia tanpa sempadan'. Globalisasi secara tidak langsung adalah usaha untuk menebarkan kembali dominasi Barat (kini dalam bentuk ekonomi, ideologi dan nilai budaya) ke atas negara-negara sedang membangun dan negara mundur. Orang Melayu dan tamadun Malaysia turut tidak terlepas daripada asakan pengaruh budaya, sosial, ekonomi dan politik moden Barat.

Dalam usaha untuk memajukan negara sebagai sebuah negara industri, di dalam 'acuan' sendiri, Malaysia juga berusaha untuk mewujudkan satu bangsa Malaysia yang bersatu pada kurun ke-21, Justeru itu Wawasan 2020 telah dikemukakan sebagai asas utama Rancangan Jangka Panjang Pembangunan II (RJPP 11) 1990-2020, yang mengandungi sembilan cabaran untuk diatasi dan dipenuhi bagi mencapai matlamat pembentukan negara maju menjelang tahun 2020. Sembilan cabaran itu ialah, membina bangsa Malaysia yang bersatu padu; membina masyarakat berjiwa bebas, tenteram dan berkeyakinan; memupuk dan membina masyarakat demokratik yang matang; mewujudkan sebuah masyarakat yang bermoral dan beretika; mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan bertoleransi; membina masyarakat yang maju dan saintifik; mewujudkan masyarakat penyayang dan berbudaya penyayang; menjamin sebuah masyarakat yang adil dan saksama ekonominya; dan memupuk dan membina masyarakat makmur.

Cabaran-cabaran Kontemporari

Dalam kelangsungan tamadun Melayu, orang Melayu juga turut menghadapi pelbagai cabaran dari dalam dan luar. Cabaran dari dalam ialah cabaran sosiobudaya kesan daripada kemajuan dan perubahan yang dicapai dan dialami. Remaja Melayu menghadapi pelbagai masalah sosial seperti penyalahgunaan dadah, salah laku juvana dan sebagainya. Cabaran dalaman yang lain ialah pengaruh dan tekanan kebendaan dan kemewahan hidup yang membawa kepada pelbagai jenayah kewangan, penyalahgunaan kuasa, rasuah dan lain-lain. Nilai dan pegangan hidup kini banyak juga dipengaruhi oleh sikap "cinta kepada keduniaan, kemegahan dan juga kebendaan". Fahaman sekularisme (segala manfaat dan keutamaan ialah untuk masa di dunia saja, tidak benar-benar yakin tentang pembalasan akhirat) dan juga pragmatisme yang melampau yang menegaskan bahawa 'sesuatu matlamat yang hendak dicapai itu menjustifikasikan sebarang tmdakan ke arahnya', menular ke dalam sesetengah lapisan masyarakat. Oleh itu amalan-amalan yang bertentangan dengan nilai Islam terutama sekali di dalam bisnes (riba, perjudian, perniagaan arak, hiburan haram) berlaku juga di kalangan orang Melayu.

Cabaran daripada luar ialah kemasukan pengaruh asing terutama sekali unsur-unsur tamadun Barat iaitu tamadun yang paling kuat dan terpengaruh kini yang menjejaskan kekuatan asasi orang Melayu terutama sekali dari segi nilai dan amalan agamanya, adat resamnya dan juga proses sosialisasi dan pembudayaannya. Pengaruh Barat dari segi ideologi (sekularisme, liberalisme, materialisme, rasionalisme, ateisme, dll.), dari segi budaya dan nilai (hedonisme, humanisme, individualisme, dll.), dari segi ekonomi (kapitalisme, perniagaan wang, pasaran bebas, dll.), dari segi penerokaan sains dan teknologi (teknologi maklumat dan komunikasi, penerokaan dalam bioteknologi, mikroelektronik, aeroangkasa, robotik, dll.), dari segi politik (demokrasi liberal ala-Barat) dan sebagainya, menjadi cabaran kepada orang Melayu dan masyarakatnya, yang menyerap terutama sekali melalui media massa dan jaringan internet yang tidak dapat dikawal dan ditapis lagi.

Cabaran-cabaran dalaman dan luaran demikian seperti yang dibuktikan oleh sejarah tamadun Melayu hanya dapat diatasi melalui kekuatan pembersihan dalaman berdasarkan Islam yang menekankan penghisaban atau akauntabiliti, ketakwaan (sentiasa sedar akan pengawasan Tuhan), kesederhaan, pengorbanan diri, prinsip pertengahan, dan sebagainya. Strategi ini adalah untuk menuju ke arah pemantapan dalaman bagi orang Melayu iaitu hati budinya yang membawa kepada pembentukan peribadi Muslim (mengamalkan semua rukun Islam), Mukmin (menghayati semua rukun iman), dan Muhsin (menyemai keikhlasan, khusuk dan tunduk kepada Tuhan sepenuhnya).

Di samping itu Strategi pemantapan budaya ilmu, sains dan teknologi di kalangan orang Melayu yang berasaskan nilai rasional, saintifik, etika, moral dan akhlak mulia harus juga dilaksanakan. Juga Strategi pemantapan asas rganisasi dan operasi bagi segala bentuk institusinya dalam bidang-bidang ekonomi, politik, pemerintahan, pentadbiran, perundangan, pendidikan, pengangkutan, perhubungan, pertahanan dan lain-lain, harus diolah dan dilaksanakan demi kecekapan dan kecemerlangan bidang-bidang itu.

Namun, matlamat terakhir bagi segala strategi dan operasi membangun dan memajukan orang Melayu dan tamadunnya, ialah untuk mencapai pembentukan peribadi muslim, mukmin dan muhsin, kerana pada hakikatnya itulah kejayaannya yang sebenar bagi manusia.


No comments:

Post a Comment